Saturday, December 20, 2008

Resolusi tahun baru

Berikut adalah apa yang ingin aku buat dan capai pada tahun depan:-

1. Mencapai berat badan unggul
Aku perlu diet. Itu satu kenyataan pahit yang terpaksa aku telan. Semakin banyak pakaianku yang telah menjadi fit dan tidak muat dipakai. Malah jeans straight cut kegemaranku yang sebelum ini nampak sgt longgar telah menjadi skinny jeans yang menyeksakan. Walaupun mungkin skinny adalah trend semasa tetapi tidak jika peha adalah seperti kayu balak. Nasib baik aku tidak ada baju yang bercap kumpulan Hujan atau statement2 rempit seperti "saya sayang mak saya" untuk digandingkan bersama seluar "skinny" aku tu. Kalau tak memang sah-sah rempit dan mungkin selepas itu aku patut pertimbangkan untuk buat rambut mullet dengan tocang  berkaler perang karat tak sekata akibat dye diy di rumah . Cumanya aku suka bergaya dengan selipar jepun. Hmmm rempit ke aku ni?. Lantaklah...janji aku selesa dengan penampilan sendiri dan tak menyusahkan mak bapak atau orang sekeliling.Aku juga bukan lagi seorg mat kapcai seperti di zaman uni untuk membolehkan aku bebas bermaharajalela membuat aksi superman di atas jalan raya bagi melayakkan aku digelar mat rempit. Kalau selepas ini ditakdirkan aku menjadi mat motor sekalipun (dimana kemungkinannya agak tinggi), akan aku pastikan ccnya lebih dari 250 cc.

Mereka yang mengenaliku juga tak segan silu menyatakan betapa "sihat"nya aku sekarang. Sebelum aku bulatkan tekad untuk kembali berdiet dan meningkatkan aktiviti senaman aku berfikir mungkin aku patut membeli pakaian baru. Kan senang. Tapi aku rasa bukan itu yang aku mahu. Azam aku ialah untuk kembali selesa memakai baju-baju yang tersimpan sepi di almari itu. Mungkin ini bermakna aku terpaksa kurangkan hobi jalan-jalan cari makan. Tapi itulah hidup....perlukan pengorbanan kadang-kadang untuk dapatkan apa yang kita mahu. Tapi aku rasa apa yang perlu adalah kesederhanaan...moderation is key bak kata org2 tua.

Adalah ironi sebenarnya situasi aku ni sebab tiap-tiap bulan aku tak pernah miss beli majalah Men's Health. Tapi jelas sekadar menambah pengetahuan teori semata tanpa ada susulan praktikalnya. Malah mungkin juga menambah lagi kalori sebab sambil baca sambil seronok makan tau fu fa power wan soya dan pisang goreng panas sambil berbaring2 di atas tilam empuk. Hmm...mungkin aku patut procrastinate no more. Tu bad habit yg mmg susah nak dibuang. Tetiba aku teringat lagu "Girl Friday" dendangan Butterfinger. Somehow that particular song always remind me to move on n to stop procrastinating. Mungkin aku perlu kurangkan mungkin hehehehe....

2. Jauh perjalanan, luas pengalaman.
Aku suka berjalan dan mengembara, tapi ada sahaja alasan yang diguna pakai utuk tidak meneruskan niat tu. Kadang-kadang tak logik bila difikirkan. Ada banyak tempat yang aku ingin pergi. Antaranya ke pantai timur dan Sabah Sarawak. Ini adalah tempat-tempat yang aku rasa menarik untuk dijelajahi. Mungkin sebab aku tak pernah ke sana. Kalau ke Terengganu atau Kelantan pun sekadar transit sebentar sebelum ke pulau peranginan. Jadi untuk tahun depan, aku nak habiskan berjalan-jalan negara sendiri sebelum lihat negara orang. Tapi kalau ada rezeki lebih dan ada kesempatan melawat negara orang, apa salahnya kan?

3. Pengurusan ekonomi yang lebih teratur.
Bunyi macam masalah negara je. Maksud aku di sini ialah aku nak kurangkan sikap boros berbelanja benda bukan-bukan dan mula menyimpan demi masa depan.Aku pun tak tau mana perginya duit aku, mungkin aku patut jadi lebih berhemah dan kurangkan sifat impulsive aku. Entahla, yang pasti hujung bulan, baki akaun selalu tinggal di paras-paras hidung. Aku juga nak kurangkan penggunaan kad kredit dan cuba untuk meminimakan hutang sebanyak yang mungkin. Aku mahu bebas dari segi kewangan (financial freedom). Harap-harap dapatla kenaikan pangkat tahun depan. Aminnnnn :) (tapi bak kata pepatah la..besar periuk besar lagi keraknya. Harap-harap bukan begitulah ye hehe)

Cukupla 3 tu dulu. Banyak-banyak resolusi pun tak bermakna kalau akhirnya ia tinggal satu resolusi kan?


    


No comments: