Hari ini aku bangun lambat....dekat pukul 10 baru nak bangkit..badan masih sengal-sengal akibat main sports tuk latihan JALSOA tu ari (almaklumla setahun sekali je turun main..tu pun pasal terpaksa). Ini semua pasal semalam berjaga malam kat kedai mamak Yasmeen menonton Liverpool membelasah Bolton 3-0 bersama-sama mat-mat rempit yang mungkin pernah aku reman atau jatuh hukum sebelum nih. You'll Never Walks Alone!! hehe.
Bangun-bangun aku terus mandi dan dengan masih separuh mamai aku pun menuju ke kopitiam faveret aku tuk breakfast. Kopitiam ni depan Honda kat Jalan Teluk Wanjah, Alor Star. Bagi generasi zaman sekarang, bila sebut kopitiam mesti teringat Old Town, Uncle John atau Uncle Lim. Tu semua kopitiam francais yang over hyped n overpriced. Kopitiam yang aku selalu pegi ni masih mengekalkan gaya tradisional kopitiam tapi dengan sedikit pembaharuan.Nama kopitiam tu pulak KOPITIAM (ok la mungkin kurang kreatif tokaynya). Kat sini ada bermacam gerai yang korang leh pegi n pesan makanan yang korang nak. The usual kopitiam staples cam roti bakar, roti telur (roti bakar ngan telur separuh masak kat atas served with kicap n lada sulah) ada tetapi kat sini ada lebih dari tu. Ada gerai nasi kerabu n nasi dagang, gerai makanan western, gerai roti canai n capati, gerai meehoon sup n such, gerai mee kari, mee rebus n pasembor, gerai yong tau foo, gerai nasi lemak dan juga gerai jual kuih muih tempatan. Banyak tu pilihan and mind you that it is all under one roof.
Aku mmg kaki teh dan di kopitiam ni ada di jual teh yang sedap...bukan teh mamak yang rasa cam haram kengkadang tu. Teh kat sini just nice..not to sweet..a bit bitter n ada umpphh. Served in dat traditional porcelaine cup too. Nice. Selain tu aku juga adalah regular customer dua gerai kat sana iaitu gerai nasi kerabu dan gerai western. Nasi kerabu tu mmg sedap ngan daging bakar dan cili solok yang mmg sesuai sgt utk makan pagi-pagi. Kalo aku rasa cam taknak makan berat-berat aku order dari gerai western lak yang menghidangkan pelbagai juadah breakfast ala western cam cheese n mushroom ommelete with hash brown n sausages. Ommelete dia pun sihat..not to oily n fluffy sebab tambah susu skit.
Satu lagi kenapa aku suka pegi melepak kat situ adalah sebab tokay dan pekerjanya dah tau dah apa yang aku nak order pagi2 tu. Aku tunjuk muka je tokay akan kata kat worker dia "teh satuuu" n aku pun pilih suratkhabar apa aku nak dan duduk di meja kegemaran kat tepi pintu. Minum teh....isap rokok sambil baca newspaper adalah rutin harianku sebelum memulakan tugas harian. Hampir setiap hari aku kat sana termasuklah hari cuti kecuali mungkin hari ahad dan rabu di mana ada pasar tani atau bila aku bangun lambat (hehe). Teringat aku lagu tema sitkom Cheers- "sometimes you want to go where everybody knows your name....and they always glad you stay...". Same thing here kecuali kat kopitiam ni takdela served beer keh keh.
No comments:
Post a Comment