Thursday, December 4, 2008

Intro...

Salam buat semua. Dah lama pasang niat nak tulis-tulis blog ni tapi ada sahaja kekangan yang ada. Tapi macam orang selalu kata la..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Nampaknya dua rakan chat harian telah mula mengorak langkah menerbitkan blog sendiri iaitu saudara Din dan juga saudari Lily. Tahniah buat mereka dan diharap berterusan  hendaknya. Itu juga adalah ingatan kepada diri sendiri untuk sentiasa buat apa yang diniat dan tidak hanya menunggu dan menunggu dan menunggu entah sampai bila.

Blog ini dinamakan catitan dari utara for obvious reason. Aku sekarang bertugas dan tinggal di Kedah atau secara lebih tepat di Alor Star. Jadi adalah molek rasanya blog ini dinamakan sedemikian. Seperkara lagi aku juga mendapat inspirasi untuk menulis setelah pegi ke rumah Tun Mahathir minggu lepas. Tun adalah penulis yang hebat pada era muda mudinya dengan nama penanya Che Det (tidak ada kena mengena dengan Che Guevara, mereka lain ibu dan lain bapa akan tetapi mungkin mempunyai semangat juang yang sama). Malah sampai sekarang dia masih rajin memblog di www.chedet.com. Walaupun banyak antara tindakannnya yang aku tidak setuju, beliau masih seorang negarawan yang terbilang. Ok itu cerita lain...aku tidak berniat dan berminat menjadikan blog ini satu blog politik. Cukuplah RPK dan Jeff Ooi untuk itu.

Blog ini tidak ada tujuan tertentu melainkan sebagai wadah penyampai apa yang aku rasa perlu diluahkan atau diceritakan. Apa jua yang akan aku garapkan di sini berupa pandangan peribadi semata-mata berdasarkan pengalaman dan peristiwa yang dialami atau daripada pembacaan dan pemerhatian.

Bagi yang sudi membaca, terima kasih dan jika ada komen-komen samaada membina atau mengutuk, silakan...aku tidak prejudis pada kalian sama sekali. 

Terima kasih daun keladi....






2 comments:

Langit Jiwa said...

bravo..bravo..
welcome to the club kush..
rajin2 lah mengupdate nanti eh..
terima kasih daun keladi, ada masa leh belanja aku mkn nasi beriyani anje n sirap bandung..eheh..

Kush said...

hahahahaha..thanx bro :)