Ok kalau sebelum ni aku bercerita pada obsesnya aku pada Siri Bercakap Dengan Jin, kali ini aku nak bercerita pulak satu lagi bahan bacaan wajib aku di zaman sekolah dulu iaitu komik-komik alihbahasa hong kong. Aku mula diperkenalkan dengan komik ni tak silap aku masa aku tingkatan tiga. Time tu yang famous adalah siri Jejak Wira karya "godfather" komik Hong Kong Tony Wong. Kisahnya melibatkan dua rakan karib iaitu Tiger Wong dan Dragon Long bersama rakan-rakan berani mereka yang lain menegakkan keadilan dan memerangi jenayah. Peh memang teruja la time tu tengok skil-skil berlawan dan ilmu-ilmu kung fu mereka. Faveret aku Dragon Long yang berilmu Hikmat Kebal Perisai Emas dan bersenjatakan nunchaku. Tiger Wong pulak mahir dengan ilmu tendangan penunduk naga (seingat aku la) yang bisa menghancurkan perisai lawan dan menyelamatkan awek-awek dalam kegelisahan (damsel in distress) hehehehe.... panjang la komik ni sampai beratus-ratus episod n aku pun tak sempat abiskan baca. Time tu komik pun murah..RM1.50 je senaskah kalau tak silap aku.
Ni imej dari terbitan semula Jejak Wira Versi Baru. Inila hero faveret gua Dragon Long hehehe...
Alam Perwira adalah komik all time faveret aku. Ini ada unsur-unsur sejarah sikit dimana ia berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Maharaja Zhou China dulu. Sapa leh lupa pengembaraan Ji Fatt menentang kezaliman Maharaja Zhou yang gila kuasa tu hehehehe...
Ini gambar Ji Fat (kanan) dengan one of my favourite villain (yg pakai baju kepala pola bear tu haha) yang memiliki hikmat kubah berdarah...tak silap sampai peringkat sembilan dan Ji Fat nyaris-nyaris maut .p.s-aku ingat-ingat lupa la)
Selain tu aku juga minat Raja Rimba dan heronya Harimau Kumbang dan abang sepupunya yang tak kurang hebat iaitu Waja Timur. Ini adalah berlainan sikit dengan siri Jejak Wira yang memang baik baik betul hero-heronya. Raja Rimba sedikit dark ala-ala Batman. Dia adalah karekter "grey" pertama yang aku jumpa dalam komik. Apa yang dibuat olehnya tak semestinya bersandarkan pada kepentingan umum tapi semangat setiakawan dan persaudaraan yang ditonjolkan dalam komik ini boleh diambil sebagai teladan.Komik ini juga berlatarbelakang keadaan semasa dan beralih dari komik-komik tradisional Tony Wong yang seringkali berlatarbelakangkan zaman silam.
Harimau Kumbang-karakter yang "grey". Anti Hero at times. A dark knight.
Pedang Setiawan karya Ma Wing Shin pun bes dengan lukisan yang bagi aku antara paling cantik dalam komik. Stroke lukisan komik ni sangat lembut dan banyak menggunakan teknik cat air. Bagi mereka yang tidak mengikuti komik Hong Kong mungkin tau siri ini bila menonton adaptasi filem komik ini iaitu siri Storm Riders. Gempak beb dengan Penjejak Badai dan Penjejak Awan yang terer tu.
Penjejak Badai(kiri) dan Penjejak Awan(kanan)
Selepas tu aku ingat muncul era kegemilangan artis baru Wan Yat Leung dengan karya Pendekar Laut yang menggegarkan persada komik Hong Kong dan juga membuatkan peminat-peminat di Malaysia penuh keterujaan. Time tu komik dah mula mahal...tak silap aku rm2.50 senaskah dan keluar 2 minggu sekali. Memang terpaksa buat muka sedih la kat mak nak beli komik hehehe...
Pendekar Laut mula menyuntik elemen-elemen moden dalam pertarungan. Settingnya pun di masa sekarang dan juga future. Kalau dulu hikmat-hikmat dipakai adalah berdasarkan kung fu-kung fu kuno seperti tendangan penunduk naga....hikmat kubah berdarah la ..apa la..tapi komik Pendekar Laut ni lain sikit. Kekuatan sesuatu serangan/hikmat diukur dengan horsepower....so katakanlah Pendekar Laut menggunakan Tinju Maut Pendekar Laut 300,000 HP...itu menunjukkan kekuatan serangannya. Pada akhir generasi satu komik ini (dimana Pendekar Laut telah terkorban), Pendekar Laut telah berjaya mencapai 1,000,000 HP dalam pertarungannya dengan Orga di bulan, satu kekuatan keramat yang tak terdengar di muka bumi pada masa itu (hahahahahaha....macam sial je merepek komik ni tapi aku sukaaaa). Watak-watak dalam komik ini juga boleh memulihkan semula kecederaan dengan Hikmat Penyatupaduan Sel-Sel menggunakan medan magnetik. Satu lagi bila bertarung, setiap watak akan ada "belang tarung" tersendiri yang unik pada individu. Sebagai contoh, kalau Pendekar Laut dia akan ada tiga belang tarung berbentuk segitiga (ala2 adidas la hehe) kat dahi. Semakin hebat seseorg itu, akan semakin banyak belang tarungnya. Lawan utama Pendekar Laut adalah Blue Dream dan organisasinya yang cuba menakluk dunia. Arch Nemesis Pendekar Laut pula adalah Orga-the killer whale yang bagi aku antara villain paling cool dalam komik Hong Kong.Walaupun bermusuh dengan hero akan tetapi mempunyai jati diri dan prinsip yang kuat. Tapi kedegilan dan kesetiaan tak bertempat si Orga pada Blue Dream merupakan kelemahan utamanya. Kiranya aku boleh katakan Pendekar Laut adalah Hang Jebat dan Orga adalah Hang Tuah. Pendekar Laut adalah seperti Bruce Wayne dalam komik Batman- seorang jutawan playboy yang mempunyai hati yang murni. Tapi dalam komik ni juga diselitkan kisah percintaan Pendekar Laut dengan adik Orga iaitu Hitomi yang akhirnya kecundang akibat tidak direstui (obviously la kan) hahahaha....
Pendekar Laut (kanan) menggunakan Tinju Maut Pendekar Laut ke atas lawannya.
Orga-the killer whale(kiri) dan Pendekar Laut. Dua musuh yang sebenarnya mempunyai ideologi yang sama.
Selain tu hampir semua komik-komik Wan Yat Leung aku suka -antaranya Wira Tunggal, Wira Tempur dan banyak lagi la yang aku pun tak ingat dah.
Sekarang aku dah tak baca lagi komik-komik hongkong ni tapi I would't mind grabbing a copy or two now. Walaupun orang kata komik ni kebudak-budakan tapi bagi aku ia satu seni penceritaan yang merentas usia. Walaupun ia bahan bacaan ringan tetapi seringkali komik-komik ini mengajar tentang semangat setia kawan, kesetiaan dan integriti. Yang paling penting ianya menghiburkan dan jauh lebih baik dari hobi merempit ke, isap dadah ke dan sebagainya...
Aku masih lagi baca komik sekarang tetapi lebih pada komik-komik jepun seperti Naruto, Bleach,One Piece dan komik-komik barat seperti Batman, Spiderman dan lain-lain. Ini akan aku ceritakan kemudian. Aku juga akan ceritakan tentang komik-komik matang (bukan porno ye bagi yang berotak haram tu) iaitu komik-komik tema berat seperti karya-karya Alan Moore-Watchmen(akan dijadikan filem-tak sabar aku!), V for Vendetta, Blankets oleh Craig Thompson dan lain-lain yang menuntut pemikiran kritis pembaca.
Ok, gua nak pi makan dulu...
wassalam...
p.s-aku teringat quote famous komik hong kong. Katakanlah ko nak cabar satu mamat tu..mamat tu biasanya akan kata frasa ni -"apabila keranda dibawa, barulah kau akan bercucuran air mata" hahahaha....
4 comments:
kush, selain dpd phrase bangang yg kau mention dah tu, aku teringat yg setiap kali hero2 bertempur akan menghasilkan bunyik ala2 camnih, "kranggg!!", "klongg!!" n bunyik2 bangang yg lain, eheh..
tp bangang2 pun gua paling minat dewata raya n alam perwira..
hahahahaha...tu la din. Aku pun bila pikir2 balik mmg agak bangang la komik2 hongkong ni tapi layaaaannn seh.
dewata raya aku ikut gak...seingat aku heronya Harimau Hitam dan Naga Merah kan. N ada satu karakter yang ala-ala satria baja hitam dalam tu n org jahatnya bernama William Gates. Peh..mmg nostalgia la. Duit habis byk kat situ je. Sib baik mak aku sporting dalam menyokong hobi tak berfaedah aku ni. Siap tolong belikan lagi hehe. Sejak dulu dia nampak komik ni membantu dalam menyemai minat membaca aku agaknya. Mula-mula sekali komik yg aku ikut Doraemon masa darjah 6. Siap subscribe kat apek suratkhabar lagi tu. Hmm forward thinking mak aku ni :)
Boss, mcm mana nak order blek komik-komik tuh?
Kalo boss baca, tolong whatsapp 01114239127, tq
Post a Comment