Monday, December 29, 2008

Aku dan Liverpool FC



Semalam Liverpool menang dengan sungguh bergaya menentang Newcastle United. Bukan sekadar menang biasa tapi menang dengan men "sayur"kan (terma yang sering diguna aku dan kawan-kawan utk menggambarkan kekalahan yang maha hebat) the Magpies dengan kekalahan memalukan 1-5 di White Hart Lanes. Itupun nasib baik sebenarnya. Kalau ikutkan mau 9 gol masuk. Sekurang-kurangnya 4 try direct on goal dan hanya kecekapan ajaib penjaga gol the Toons Shay Given yang menafikan kekalahan lebih memalukan buat Newcastle. Tahniah di ucapkan untuk Rafa Benitez dan anak-anak buahnya yang bersemangat waja untuk terus kekal di tangga teratas terutama sekali buat captain dynamo Mr. Steven Gerrard yang sekali lagi beraksi cemerlang mengemudi pasukan.

Aku pun tak ingat sejak bila aku minat bola secara amnya dan EPL serta Liverpool FC secara khususnya. Rasanya minat kepada bola mula berputik sewaktu zaman sekolah menengah. Aku pada mulanya tak la berminat pun sangat dengan bola. Malah pada masa tu aku lebih berminat bercerita dengan kawan-kawan tentang komputer dan siri-siri sains fiksyen seperti Star Trek dan Star Wars atau tentang UFO dan dinasour. Yup, di sekolah dulu aku bolehla dikategorikan sebagai golongan nerd dengan cermin mata besar dan majalah-majalah ilmiah seperti Popular Science dan Reader's Digest jika ada duit lebih atau Mingguan Kosmik kalau tengah sengkek hehe. Malah kawan-kawan baik aku juga adalah dari golongan ini yang walaupun bukan "chic magnet" tetapi alhamdulillah berjaya dalam hidup. Sering juga aku bayangkan apa agaknya kesudahan aku jika aku mula bercampur gaul dengan golongan kaki lepak dan kaki ponteng semasa sekolah dulu.Entah-entah aku mungkin sekarang ni ada di atas motor EX5 bertayar sotong dan dipotong blok di tepi tembok sambil mengusha awek-awek yang pulang bekerja dari kilang berdekatan.

Selain daripada kawan-kawan geek yang aku sebut diatas, aku juga ada berkawan dengan sorang mamat ni yang namanya Sani. Kira kawan baik juga dan juga rakan se pusat tuisyen dengan aku. Mamat ni mmg fanatik bola la. Bukan setakat EPL, malah La Liga, Serie A dan Bundesliga pun dia ikut. Walaupun ini mungkin takde apa yang peliknya bagi generasi sekarang tapi perlu diingat yang dulu mana ada Astro. Jadi terpaksala bergantung pada TV percuma untuk sesekali menayangkan perlawanan bola EPL. Untuk yang fanatik macam si Sani ni informasi diperolehi dari majalah-majalah bola atau video-video perlawanan bola. Fanatiknya si Sani ni sampai duit dia habis beli baju-baju jersi ori pasukan-pasukan kegemarannya. Malah seingat aku susah nak tengok mamat ni pakai baju lain selain jersi bola. Sani ni pendek kata boleh aku kategorikan sebagai makan bola, minum bola, tidur bola punya orang. Jumpa je takde cerita lain melainkan bola juga hehehe. Jadi passion dia tu akhirnya berjaya meracun aku untuk minat bola. Ye la kalau dah 24 jam bercerita pasal bola sapapun terpengaruh nak nak dengan cerita Sani ni yang agak dramatik penyampaiannya.

Mula mula dulu aku sebenarnya minat pada Totenham Hotspurs. Selain daripada di racun Sani yang mmg die hard fan the Spurs (dia siap pinjamkan aku jersi ori Spurs untuk seminggu. Gila bagus kempen hehehe), aku juga minat giler dengan dua pemain Spurs yang mmg menjadi legenda iaitu Gary Lineker (1989-1992) dan Juergen Klinsmann (1994-1995). Peh...depa kalau main memang leh terngaga la tengok dengan kelincahan dan ketenangan mereka di depan pintu gol. Tak ketinggalan juga Rooney zaman tu Paul Gascoigne (1988-1992) atau "Gazza", si gemuk yang berbakat besar tetapi akhirnya jatuh tersembam akibat ketagihan alkohol. 

Dari kiri:- Gary Lineker, Juergen Klinsmann dan Paul "Gazza" Gascoigne. Lagenda Spurs

Tapi entah macam mana yang aku pun tak ingat pasal apa aku akhirnya menjadi kipas susah nak mati kelab bolasepak Inggeris terhebat di muka bumi ini iaitu Liverpool FC. Yang pastinya aku minat bukanlah sebab kelab tu adalah juara EPL pada masa tu . Era 90an adalah era kejatuhan the Reds dan kebangkitan kelab celaka Manchester United dan Arsenal. Malah tahun 1990 adalah kali terakhir Liverpool mengungguli takhta liga untuk musim 89/90. Tapi aku masih ingat menonton video-video zaman kegemilangan Liverpool terutamanya dengan striker yang cukup mantap iaitu Ian Rush (1980-1987) mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan. Mungkin sebab tu kot aku minat atau mungkin aku secara zahirnya minat team-team underdog. Jadi secara jujurnya aku pun tak tau macam mana sebenarnya aku boleh minat Liverpool padahal kalau ikutkan aku ni sepatutnya jadi fan Spurs hehehe.


Abang misai yang terer- Ian Rush

Selain Ian Rush, antara player Liverpool yang aku kagumi adalah Steve McManaman (1989-1999) yang bagi aku sangat rajin dan macam tak pernah penat. Dia bagi aku adalah Gerrard zaman tu dengan never say die attitude dalam bahasa inggerisnya atau agi idup agi ngelaban kalau ikut terma tempatannya.Malah kalau nak dibandingkan aku rasa dia ni sama hebat dengan seorang lagi winger faveret aku walaupun dia adalah legenda kelab yang aku cukup menyampah iaitu Ryan Giggs dari Manchester United.

Robbie Fowler (1993-1997 dan 2006-2007) atau digelar "God" oleh peminat-peminat Liverpool adalah striker yang cukup digeruni lawan di zaman kegemilangannya. Cukup hebat dan mantap. Kepantasan dan kelincahannya serta finishing yang clinical menjadikannya salah seorang wira anfield yang aku minat.

Sami Hyypia (1999 sehingga skrg) walaupun mungkin tidak seglamer pemain-pemain yang aku sebut tadi tapi aku rasa dia ni cukup penting bagi Liverpool sehingga sekarang ni walaupun mungkin tempatnya sebagai jeneral pertahanan telah diambil alih oleh Jamie Carragher. Sering menjadi sasaran ketika corner dan mempunyai instinct penyudah header yang power. Dia sama hebat dengan John Terry dari Chelsea bagi aku.Lagi satu aku cukup suka dengan pemain yang setia bersama kelab selama Hyypia ni.Season ni adalah season ke 10 dia bersama the Reds. Teruskan usahamu Sami!

Dari kiri:- Steve "Macca" McManaman, Robbie "God" Fowler dan Sami Hyypia

Ketika ini aku rasa 2 pemain yang menjadi kunci kepada jatuh naiknya the Reds adalah Steven Gerrard dan Jamie Carragher. Mereka bagi aku ada kualiti sebagai pemimpin yang perlu ada untuk sesebuah pasukan tu berjaya dalam "misi" mereka. Carra sebagai contohnya takdela apa-apa skill ajaib seperti Cristiano Ronaldo tetapi kerajinan dan attitudenya mampu menaikkan semangat pasukannya untuk terus berjuang. Stevie G pula adalah salah seorang pemain yang bagi aku "sempurna". Dia ada semua pakej yang didambakan oleh seseorang pengurus. Kepimpinan, bakat, workrate yang tinggi dan yang penting kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada pasukan.

Dari kiri:- Steven "Captain Fantastic" Gerrard dan Jamie "Carra" Carragher.

Fernando Torres pula adalah penyudah atau finisher yang cukup penting dan ampuh bagi the Reds. Aku cukup suka tengok aksi mamat ni yang digelar "El Nino" menyebabkan pertahanan lawan semput nak mengejar. Ditambah pula dengan kepantasan luar biasa dan bijaknya dia  membaca perlawanan serta finishing yang deadly.

Walaupun Torres mungkin anak emas Benitez dan menjadi pujaan the Kop, tapi bagi aku Dirk Kuyt adalah pemain yang aku kagumi sekarang. Dia mungkin tidak se skill Torres tapi work ratenya yang tinggi dan kesanggupannya mengejar bola di mana sahaja dan sifat tidak mementingkan diri sendiri menjadikannya aset pada pasukan. Dia adalah "unsung hero" bagi the Reds. Orang yang sanggup membuat dirty work (bukan main kotor ye) di atas padang. Teruskan Kuyt!  

Fernando "El Nino" Torres dan Dirk Kuyt

Selain itu, aku ingat lagi fasa yang sangat membosankan dan mengecewakan bagi aku iaitu di era Gerrard Houllier (1998-2004) menjadi pengurus. Masa tu walaupun Liverpool masih tergolong antara the big three bersama Arsenal dan Manchester United (time tu Chelsea masih sampah) tapi corak permainan mereka sangat sangat membosankan dengan Houllier yang suka bermain long ball dan bermain selamat. Tiada flair dalam permainan dan pasukan Liverpool kelihatan sangat tidak bermaya jika dibandingkan dengan pasukan kendalian Fergie dan Wenger.

Tapi itu semua berubah dengan kemasukan Rafa Benitez dari kelab Sepanyol Valencia. Dia masuk dengan track record yang impressive di mana telah berjaya mengubah Valencia dari kelab belasahan kepada juara La Liga. Nampaknya kepercayaan kelab pada Rafa berbayar dengan kejayaan cemerlang memenangi UEFA Champions League pada tahun 2005 dan finalis pada tahun 2007. Masalah Benitez adalah untuk menjadikan Liverpool juara liga dan halangan terbesar kelab hebat ini adalah untuk menjadi konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak hanya fokus pada pertandingan berkala seperti Champions League. Berdasarkan apa yang aku tengok, musim 08/09 mungkin adalah tahun dimana penantian selama 18 tahun akan berakhir.

Detik paling bermakna dan membuatkan aku sangat bangga menjadi peminat Liverpool adalah saat Liverpool menjulang UEFA Champions League buat kali kelima di Istanbul. Aku berani katakan itulah perlawanan paling dramatik dan paling emosional bagi aku. Meremang bulu roma kalau diingatkan balik. Aku ingat lagi masa tu aku berjaga awal pagi untuk menonton final bersejarah antara Liverpool dan AC Milan. First half je Liverpool dah ketinggalan 3-0 hasil penangan Maldini dan Crespo. Waktu tu aku rasa bukan aku saja malah seluruh peminat Liverpool mmg hampa sehampa-hampanya dan redha bahawa tahun tu mmg tahun takde rezeki. Dalam hati mmg menyumpah tak abis la. Harapan aku bila start 2nd half supaya kalau kalah pun jangan la kalah memalukan. Tapi tu la org kata bola tu bulat. Separuh masa kedua mmg ditakdirkan milik Liverpool . 3 gol dalam 10 minit. 2 oleh Gerrard dan satu oleh Smicer membuatkan Istanbul bergemuruh dengan sorakan semangat peminat.Mmg satu keajaiban pasal lawan adalah AC Milan, bukan Kedah FC. Aku sendiri macam tak percaya dan tak tergambar excitednya aku time tu. Dah tak pedulik dah jiran-jiran sebelah. Aku menyorak kegembiraan sekuat hati. Akhirnya Liverpool menang dengan penentuan sepakan penalti.


Gerrard dan rakan-rakan meraikan kemenangan dramatik di Istanbul

Seperkara lagi yang menarik adalah lagu tema The Kop yang mmg berhantu dan mmg menaikkan semangat. Adalah menjadi satu impian golden dream aku untuk sama-sama menyanyikan lagu ini di The Kop, Anfield bersama-sama peminat lain sambil menyaksikan samaada Manchester United atau Arsenal dibelasah teruk seperti newcastle hehehehe....

You'll never walk alone
When you walk through a storm hold your head up high,
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone!

Jadi sepanjang lebih kurang 18 tahun jadi peminat the Reds ni dah lama sebenarnya aku nak tengok Liverpool kembali di atas takhta EPL sebagai juara dan nampaknya tahun ni kemungkinan yang baik sekali dengan pasukan yang aku rasa mantap dan berwibawa untuk bergelar juara. YNWA!!!

Saturday, December 27, 2008

Kopitiam

Hari ini aku bangun lambat....dekat pukul 10 baru nak bangkit..badan masih sengal-sengal akibat main sports tuk latihan JALSOA tu ari (almaklumla setahun sekali je turun main..tu pun pasal terpaksa). Ini semua pasal semalam berjaga malam kat kedai mamak Yasmeen menonton Liverpool membelasah Bolton 3-0 bersama-sama mat-mat rempit yang mungkin pernah aku reman atau jatuh hukum sebelum nih. You'll Never Walks Alone!! hehe. 

Bangun-bangun aku terus mandi dan dengan masih separuh mamai aku pun menuju ke kopitiam faveret aku tuk breakfast. Kopitiam ni depan Honda kat Jalan Teluk Wanjah, Alor Star. Bagi generasi zaman sekarang, bila sebut kopitiam mesti teringat Old Town, Uncle John atau Uncle Lim. Tu semua kopitiam francais yang over hyped n overpriced. Kopitiam yang aku selalu pegi ni masih mengekalkan gaya tradisional kopitiam tapi dengan sedikit pembaharuan.Nama kopitiam tu pulak KOPITIAM (ok la mungkin kurang kreatif tokaynya). Kat sini ada bermacam gerai yang korang leh pegi n pesan makanan yang korang nak. The usual kopitiam staples cam roti bakar, roti telur (roti bakar ngan telur separuh masak kat atas served with kicap n lada sulah) ada tetapi kat sini ada lebih dari tu. Ada gerai nasi kerabu n nasi dagang, gerai makanan western, gerai roti canai n capati, gerai meehoon sup n such, gerai mee kari, mee rebus n pasembor, gerai yong tau foo, gerai nasi lemak dan juga gerai jual kuih muih tempatan. Banyak tu pilihan and mind you that it is all under one roof. 

Aku mmg kaki teh dan di kopitiam ni ada di jual teh yang sedap...bukan teh mamak yang rasa cam haram kengkadang tu. Teh kat sini just nice..not to sweet..a bit bitter n ada umpphh. Served in dat traditional porcelaine cup too. Nice. Selain tu aku juga adalah regular customer dua gerai kat sana iaitu gerai nasi kerabu dan gerai western. Nasi kerabu tu mmg sedap ngan daging bakar dan cili solok yang mmg sesuai sgt utk makan pagi-pagi. Kalo aku rasa cam taknak makan berat-berat aku order dari gerai western lak yang menghidangkan pelbagai juadah breakfast ala western cam cheese n mushroom ommelete with hash brown n sausages. Ommelete dia pun sihat..not to oily n fluffy sebab tambah susu skit.

Satu lagi kenapa aku suka pegi melepak kat situ adalah sebab tokay dan pekerjanya dah tau dah apa yang aku nak order pagi2 tu. Aku tunjuk muka je tokay akan kata kat worker dia "teh satuuu" n aku pun pilih suratkhabar apa aku nak dan duduk di meja kegemaran kat tepi pintu. Minum teh....isap rokok sambil baca newspaper adalah rutin harianku sebelum memulakan tugas harian. Hampir setiap hari aku kat sana termasuklah hari cuti kecuali mungkin hari ahad dan rabu di mana ada pasar tani atau bila aku bangun lambat (hehe). Teringat aku lagu tema sitkom Cheers- "sometimes you want to go where everybody knows your name....and they always glad you stay...". Same thing here kecuali kat kopitiam ni takdela served beer keh keh.


Saturday, December 20, 2008

Resolusi tahun baru

Berikut adalah apa yang ingin aku buat dan capai pada tahun depan:-

1. Mencapai berat badan unggul
Aku perlu diet. Itu satu kenyataan pahit yang terpaksa aku telan. Semakin banyak pakaianku yang telah menjadi fit dan tidak muat dipakai. Malah jeans straight cut kegemaranku yang sebelum ini nampak sgt longgar telah menjadi skinny jeans yang menyeksakan. Walaupun mungkin skinny adalah trend semasa tetapi tidak jika peha adalah seperti kayu balak. Nasib baik aku tidak ada baju yang bercap kumpulan Hujan atau statement2 rempit seperti "saya sayang mak saya" untuk digandingkan bersama seluar "skinny" aku tu. Kalau tak memang sah-sah rempit dan mungkin selepas itu aku patut pertimbangkan untuk buat rambut mullet dengan tocang  berkaler perang karat tak sekata akibat dye diy di rumah . Cumanya aku suka bergaya dengan selipar jepun. Hmmm rempit ke aku ni?. Lantaklah...janji aku selesa dengan penampilan sendiri dan tak menyusahkan mak bapak atau orang sekeliling.Aku juga bukan lagi seorg mat kapcai seperti di zaman uni untuk membolehkan aku bebas bermaharajalela membuat aksi superman di atas jalan raya bagi melayakkan aku digelar mat rempit. Kalau selepas ini ditakdirkan aku menjadi mat motor sekalipun (dimana kemungkinannya agak tinggi), akan aku pastikan ccnya lebih dari 250 cc.

Mereka yang mengenaliku juga tak segan silu menyatakan betapa "sihat"nya aku sekarang. Sebelum aku bulatkan tekad untuk kembali berdiet dan meningkatkan aktiviti senaman aku berfikir mungkin aku patut membeli pakaian baru. Kan senang. Tapi aku rasa bukan itu yang aku mahu. Azam aku ialah untuk kembali selesa memakai baju-baju yang tersimpan sepi di almari itu. Mungkin ini bermakna aku terpaksa kurangkan hobi jalan-jalan cari makan. Tapi itulah hidup....perlukan pengorbanan kadang-kadang untuk dapatkan apa yang kita mahu. Tapi aku rasa apa yang perlu adalah kesederhanaan...moderation is key bak kata org2 tua.

Adalah ironi sebenarnya situasi aku ni sebab tiap-tiap bulan aku tak pernah miss beli majalah Men's Health. Tapi jelas sekadar menambah pengetahuan teori semata tanpa ada susulan praktikalnya. Malah mungkin juga menambah lagi kalori sebab sambil baca sambil seronok makan tau fu fa power wan soya dan pisang goreng panas sambil berbaring2 di atas tilam empuk. Hmm...mungkin aku patut procrastinate no more. Tu bad habit yg mmg susah nak dibuang. Tetiba aku teringat lagu "Girl Friday" dendangan Butterfinger. Somehow that particular song always remind me to move on n to stop procrastinating. Mungkin aku perlu kurangkan mungkin hehehehe....

2. Jauh perjalanan, luas pengalaman.
Aku suka berjalan dan mengembara, tapi ada sahaja alasan yang diguna pakai utuk tidak meneruskan niat tu. Kadang-kadang tak logik bila difikirkan. Ada banyak tempat yang aku ingin pergi. Antaranya ke pantai timur dan Sabah Sarawak. Ini adalah tempat-tempat yang aku rasa menarik untuk dijelajahi. Mungkin sebab aku tak pernah ke sana. Kalau ke Terengganu atau Kelantan pun sekadar transit sebentar sebelum ke pulau peranginan. Jadi untuk tahun depan, aku nak habiskan berjalan-jalan negara sendiri sebelum lihat negara orang. Tapi kalau ada rezeki lebih dan ada kesempatan melawat negara orang, apa salahnya kan?

3. Pengurusan ekonomi yang lebih teratur.
Bunyi macam masalah negara je. Maksud aku di sini ialah aku nak kurangkan sikap boros berbelanja benda bukan-bukan dan mula menyimpan demi masa depan.Aku pun tak tau mana perginya duit aku, mungkin aku patut jadi lebih berhemah dan kurangkan sifat impulsive aku. Entahla, yang pasti hujung bulan, baki akaun selalu tinggal di paras-paras hidung. Aku juga nak kurangkan penggunaan kad kredit dan cuba untuk meminimakan hutang sebanyak yang mungkin. Aku mahu bebas dari segi kewangan (financial freedom). Harap-harap dapatla kenaikan pangkat tahun depan. Aminnnnn :) (tapi bak kata pepatah la..besar periuk besar lagi keraknya. Harap-harap bukan begitulah ye hehe)

Cukupla 3 tu dulu. Banyak-banyak resolusi pun tak bermakna kalau akhirnya ia tinggal satu resolusi kan?


    


Sunday, December 14, 2008

Aku dan Komik Hong Kong

Ok kalau sebelum ni aku bercerita pada obsesnya aku pada Siri Bercakap Dengan Jin, kali ini aku nak bercerita pulak satu lagi bahan bacaan wajib aku di zaman sekolah dulu iaitu komik-komik alihbahasa hong kong. Aku mula diperkenalkan dengan komik ni tak silap aku masa aku tingkatan tiga. Time tu yang famous adalah siri Jejak Wira karya "godfather" komik Hong Kong Tony Wong. Kisahnya melibatkan dua rakan karib iaitu Tiger Wong dan Dragon Long bersama rakan-rakan berani mereka yang lain menegakkan keadilan dan memerangi jenayah. Peh memang teruja la time tu tengok skil-skil berlawan dan ilmu-ilmu kung fu mereka. Faveret aku Dragon Long yang berilmu Hikmat Kebal Perisai Emas dan bersenjatakan nunchaku. Tiger Wong pulak mahir dengan ilmu tendangan penunduk naga (seingat aku la) yang bisa menghancurkan perisai lawan dan menyelamatkan awek-awek dalam kegelisahan (damsel in distress) hehehehe.... panjang la komik ni sampai beratus-ratus episod n aku pun tak sempat abiskan baca. Time tu komik pun murah..RM1.50 je senaskah kalau tak silap aku.


Ni imej dari terbitan semula Jejak Wira Versi Baru. Inila hero faveret gua Dragon Long hehehe...

Alam Perwira adalah komik all time faveret aku. Ini ada unsur-unsur sejarah sikit dimana ia berlatarbelakangkan zaman pemerintahan Maharaja Zhou China dulu. Sapa leh lupa pengembaraan Ji Fatt menentang kezaliman Maharaja Zhou yang gila kuasa tu hehehehe...

Ini gambar Ji Fat (kanan) dengan one of my favourite villain (yg pakai baju kepala pola bear tu haha) yang memiliki hikmat kubah berdarah...tak silap sampai peringkat sembilan dan Ji Fat nyaris-nyaris maut .p.s-aku ingat-ingat lupa la)

Selain tu aku juga minat Raja Rimba dan heronya Harimau Kumbang dan abang sepupunya yang tak kurang hebat iaitu Waja Timur. Ini adalah berlainan sikit dengan siri Jejak Wira yang memang baik baik betul hero-heronya. Raja Rimba sedikit dark ala-ala Batman. Dia adalah karekter "grey" pertama yang aku jumpa dalam komik. Apa yang dibuat olehnya tak semestinya bersandarkan pada kepentingan umum tapi semangat setiakawan dan persaudaraan yang ditonjolkan dalam komik ini boleh diambil sebagai teladan.Komik ini juga berlatarbelakang keadaan semasa dan beralih dari komik-komik tradisional Tony Wong yang seringkali berlatarbelakangkan zaman silam.


Harimau Kumbang-karakter yang "grey". Anti Hero at times. A dark knight.

Pedang Setiawan karya Ma Wing Shin pun bes dengan lukisan yang bagi aku antara paling cantik dalam komik. Stroke lukisan komik ni sangat lembut dan banyak menggunakan teknik cat air. Bagi mereka yang tidak mengikuti komik Hong Kong mungkin tau siri ini bila menonton adaptasi filem komik ini iaitu siri Storm Riders. Gempak beb dengan Penjejak Badai dan Penjejak Awan yang terer tu.


Penjejak Badai(kiri) dan Penjejak Awan(kanan)

Selepas tu aku ingat muncul era kegemilangan artis baru Wan Yat Leung dengan karya Pendekar Laut yang menggegarkan persada komik Hong Kong dan juga membuatkan peminat-peminat di Malaysia penuh keterujaan. Time tu komik dah mula mahal...tak silap aku rm2.50 senaskah dan keluar 2 minggu sekali. Memang terpaksa buat muka sedih la kat mak nak beli komik hehehe...

Pendekar Laut mula menyuntik elemen-elemen moden dalam pertarungan. Settingnya pun di masa sekarang dan juga future. Kalau dulu hikmat-hikmat dipakai adalah berdasarkan kung fu-kung fu kuno seperti tendangan penunduk naga....hikmat kubah berdarah la ..apa la..tapi komik Pendekar Laut ni lain sikit. Kekuatan sesuatu serangan/hikmat diukur dengan horsepower....so katakanlah Pendekar Laut menggunakan Tinju Maut Pendekar Laut 300,000 HP...itu menunjukkan kekuatan serangannya. Pada akhir generasi satu komik ini (dimana Pendekar Laut telah terkorban), Pendekar Laut telah berjaya mencapai 1,000,000 HP dalam pertarungannya dengan Orga di bulan, satu kekuatan keramat yang tak terdengar di muka bumi pada masa itu (hahahahahaha....macam sial je merepek komik ni tapi aku sukaaaa). Watak-watak dalam komik ini juga boleh memulihkan semula kecederaan dengan Hikmat Penyatupaduan Sel-Sel menggunakan medan magnetik. Satu lagi bila bertarung, setiap watak akan ada "belang tarung" tersendiri  yang unik pada individu. Sebagai contoh, kalau Pendekar Laut dia akan ada tiga belang tarung berbentuk segitiga (ala2 adidas la hehe) kat dahi. Semakin hebat seseorg itu, akan semakin banyak belang tarungnya. Lawan utama Pendekar Laut adalah Blue Dream dan organisasinya yang cuba menakluk dunia. Arch Nemesis Pendekar Laut pula adalah Orga-the killer whale yang bagi aku antara villain paling cool dalam komik Hong Kong.Walaupun bermusuh dengan hero akan tetapi mempunyai jati diri dan prinsip yang kuat. Tapi kedegilan dan kesetiaan tak bertempat si Orga pada Blue Dream merupakan kelemahan utamanya. Kiranya aku boleh katakan Pendekar Laut adalah Hang Jebat dan Orga adalah Hang Tuah. Pendekar Laut adalah seperti Bruce Wayne dalam komik Batman- seorang jutawan playboy yang mempunyai hati yang murni. Tapi dalam komik ni juga diselitkan kisah percintaan Pendekar Laut dengan adik Orga iaitu Hitomi yang akhirnya kecundang akibat tidak direstui (obviously la kan) hahahaha....


Pendekar Laut (kanan) menggunakan Tinju Maut Pendekar Laut ke atas lawannya. 

Orga-the killer whale(kiri) dan Pendekar Laut. Dua musuh yang sebenarnya mempunyai ideologi yang sama.

Selain tu hampir semua komik-komik Wan Yat Leung aku suka -antaranya Wira Tunggal, Wira Tempur dan banyak lagi la yang aku pun tak ingat dah. 

Sekarang aku dah tak baca lagi komik-komik hongkong ni tapi I would't mind grabbing a copy or two now. Walaupun orang kata komik ni kebudak-budakan tapi bagi aku ia satu seni penceritaan yang merentas usia. Walaupun ia bahan bacaan ringan tetapi seringkali komik-komik ini mengajar tentang semangat setia kawan, kesetiaan dan integriti. Yang paling penting ianya menghiburkan dan jauh lebih baik dari hobi merempit ke, isap dadah ke dan sebagainya...

Aku masih lagi baca komik sekarang tetapi lebih pada komik-komik jepun seperti Naruto, Bleach,One Piece dan komik-komik barat seperti Batman, Spiderman dan lain-lain. Ini akan aku ceritakan kemudian. Aku juga akan ceritakan tentang komik-komik matang (bukan porno ye bagi yang berotak haram tu) iaitu komik-komik tema berat seperti karya-karya Alan Moore-Watchmen(akan dijadikan filem-tak sabar aku!), V for Vendetta, Blankets oleh Craig Thompson dan lain-lain yang menuntut pemikiran kritis pembaca.

Ok, gua nak pi makan dulu...

wassalam...

p.s-aku teringat quote famous komik hong kong. Katakanlah ko nak cabar satu mamat tu..mamat tu biasanya akan kata frasa ni -"apabila keranda dibawa, barulah kau akan bercucuran air mata" hahahaha....

Friday, December 12, 2008

Siri Bercakap Dengan Jin

Sekarang ni aku tengok dah banyak cerita-cerita seram ditayang kat TV. Aku masih ingat dulu ada kekangan terhadap penerbitan berunsur seram ni yang mana apa-apa yang berunsur tahyul tak dibenar tayang. Tapi nampak gaya sekarang dah dibenarkan. Aku takdela komplen...suka adala sebab aku ni pun peminat cerita-cerita seram ni hehe. Sekarang ni yang tengah hangat Puaka Niyang Rapik kat TV3. Walaupun mmg merepek rapik, bes gak la.....walaupun aku rasa ia pun akan jadi meleret macam Kekasihku Seru sebelum ni. Nevertheless satu perkembangan baik industri drama kat Malaysia ni. Aku rasa orang pun dah muak ngan Gerak Khas n cerita-cerita drama kekeluargaan n cinta yang bersepah kat TV tu. Udah-udahla....

Bercerita tentang cerita-cerita seram ni, aku teringat zaman-zaman sekolah dulu aku cukup minat dengan Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Ingat lagi tak? Aku bolehla dikategorikan sebagai kipas susah nak mati siri ni. Aku ada hampir kesemua volume tapi malangnya tak tau dah pegi mana. Sayang betul pasal bukan senang nak cari sekarang ni. Rasa-rasanya takde dicetak lagi.

Siri ni mula-mula dulu diterbitkan sebagai salah satu kolum dalam majalah Variasari. Bagi sapa yang tak ingat, majalah Variasari ni ala-ala Mastika sekarang la...penuh ngan cerita-cerita pelik tapi benar...cerita-cerita alam kubur etc2. Mungkin juga Mastika sekarang ni adalah kesinambungan majalah Variasari...kalau korang rajin pi la google ye...

Ok, berbalik ngan Siri Bercakap Dengan Jin ni. Satu yang buat aku cukup tertarik adalah ia ditulis berdasarkan kisah benar.Setakat mana kebenarannya wallahualam...yg aku pasti ia memang menghiburkan dan yang paling penting seram. Ia ditulis ala-ala biografi...dari perspektif penulis sendiri. Kisahnya adalah berkenaan pengalaman-pengalaman penulis bersama dengan datuknya. Fokus cerita adalah tentang datuk Tamar Jalis ni yang berilmu dalam benda-benda halus ni. Malah kalau tak silap aku dalam siri pertama datuknya ni masuk ke alam bunian. Jadi suffice to say that benda-benda mistik ni memang bidang kepakaran datuk si Tamar ni. Setakat pontianak ke..pocong ke...penanggal ke takde hal la untuk dia settlekan. Satu lagi kelainan siri ini berbanding dengan cerita-cerita seram lain adalah kuatnya ia pada prinsip-prinsip Islam dan bagaimana menjadikan Islam cara hidup. Datuk Tamar ni orang alim yang kuat agama dan cara dia menangani masalah-masalah mistik ini berlandaskan doa dan al-quran. Takde la unsur-unsur tahyul ke...puja-puja ke etc. Malah sering diselitkan unsur-unsur nasihat dan fardhu ain dalam siri ni. Contohnya Tamar pernah dimarah datuknya kerana mandi bertelanjang sahaja dan tidak memakai kain sarung yang mana adalah sunat dalam Islam. Tengok tu..sampai sekarang aku ingat walaupun dah berbelas tahun baca hehe...

Satu lagi penulis sebenar buku ni sampai sekarang aku tak tau sapa. Malah gambar nya tak pernah aku tengok. Siapa sebenarnya Tamar Jalis? Misteri sungguh. 

Aku cuba cari buku-buku siri ni tapi malang dah out of print. Tapi di web ada seorang hamba Allah yang sedang mendigitasikan siri-siri ni. Korang boleh tengok usahanya kat sini- tamarjalis.wordpress.com. Mamat ni dah ada dah koleksi-koleksi yang discan kat sini tapi kena jadi ahli dulu- tamarjalis.blogspot.com. Dia bukanlah orang yang ada hakcipta tapi buat as a labour of love I guess. Dia kata ada syarat-syarat nak jadi ahli agar tak disalahguna bahan digital siri-siri yang dah di scan tu. Nanti la aku try tengok camna...jangan dia kata syaratnya kena buat pulut kuning dan perasap keris udah hahahahaha...


Wednesday, December 10, 2008

It's that time of the year again....

Ok..aku bukan nak bercakap pasal sambutan Krismas ataupun tentang Sale Hujung Tahun. Tapi yang aku maksudkan ialah musim kahwin di sana sini. Banyak kad jemputan yang datang tapi minta maaf tak dapat kupenuhi semuanya. Tapi aku doakan agar kalian semua berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya.Aminnn...

Tengah hari ini aku akan ke kenduri seorang APP di Kedah. Kesian dia...rakan-rakan sekerja dari bahagian pendakwaan tidak dapat hadir hari ini memandangkan kebetulan tarikh kahwinnya bertembung dengan persidangan pendakwaan di A Famosa Resort Melaka. 

Seperkara yang menarik di Kedah dan Perlis adalah makanan kendurinya. Aku dari Selangor jadi memang secara kebiasaannya yang wajib ada ialah ayam masak merah, nasi minyak/putih, pajeri nenas, acar timun n nenas, daging kurma.Kalau ada 5 rumah, kelima-lima rumah itu jugala akan hidangkan makanan yang sama. Bosan bukan?. Tapi kalau kalian ke ke sini, ada bermacam-macam juadah di luar konvensional akan dihidangkan. Minggu lepas aku ke Perlis untuk kenduri seorang kenalan dan dihidangkan gulai batang pisang. Sedap giler sehhh...aku siap tambah 3 kali tu hehe. Pernah juga aku pergi ke kenduri yang juadahnya sup tulang dan daging bersama sambal belacan. Bayangkan kerbau/lembu baru tumbang, daging lembut dan masih manis di rebus dijadikan sup. Pehhhh memang layan la. Selain itu ada juga sekali tu pergi kenduri di kampung. Makanan yang dihidangkan serba sederhana tetapi sedap. Ikan rebus, ulam-ulam segar, sayur kampung dan sebagainya.

Lapar la pulak cakap pasal makanan ni hehehe....later k..


Friday, December 5, 2008

Don't Be Sad


Berbulan rasanya sejak Wani beri buku ini untuk kubaca. Pertama kali ku lihat temanya aku rasakan "god, not another self help book...". Seperkara tentang aku adalah aku benci buku-buku self help. Dari buku-buku Robert Kiyosaki hinggalah ke Tuah Iskandar tidak pernah aku berminat untuk membeleknya. Kalo ada pun mungkin buku-buku Chicken Soup for the Soul. Itu pun aku rasakan tidak perlu dengan adanya channel Hallmark yang memaparkan cerita-cerita heartwarming 24 jam sehari. Bagi aku buku-buku seperti ini tidak lain hanya menyatakan apa yang kita semua sudah sedia tahu...common sense buat semua. Jadi aku tidak akan sekali-kali membeli buku self help yang bagi aku hanya membuang duit yang lebih baik dimanfaatkan untuk benda berfaedah lain seperti rokok dunhill atau komik Naruto terbaru (aku tahu ramai yg berkata cehhh tapi aku tahu Din setuju....kan din? kan? hehehehe)  Tapi Wani nyatakan pada aku kadang-kadang kita perlu diingatkan tentang perkara paling asas dalam kehidupan dan buku-buku seperti ini dapat membantu.

Berbulan lepas itu jugalah aku katakan pada Wani akan cuba kubaca buku itu tetapi hinggalah semalam, baru ku kotakan kataku. Itu pun setelah aku melalui malam yang celaka. Malam yang tak ingin ku ingat. Malam yang mungkin berulang..entahla..tapi itu cerita lain. Jadi semalam aku membelek penuh prejudis buku ini and was pleasantly suprised. Ok ia masih sebuah buku self help dan penuh dengan nasihat-nasihat yang obvious tapi cara garapan penulisnya menjadikannya bearable to read n yang paling penting it make sense and berkesan di jiwa seperti aku membaca Langit Jiwa (hehehehe).

Aku akan review buku ini setelah selesai membacanya...


Thursday, December 4, 2008

Kata-kata indah

Aku sukakan kata-kata indah...dari puisi hinggalah ke lirik lagu. Aku sering berharap dapat menulis atau mengungkapkan kata-kata seindah puisi-puisi agung yang aku baca, bait-bait indah lagu-lagu meruntun jiwa yang sering ku dengar. Tapi aku rasa aku rigid orangnya..aku tahu apa yang aku rasa tapi tak tahu tentang bagaimana meluahkannya. Aku rasa aku bukanlah seorang yang romantik...yang lembut lidahnya dan memukau pertuturannya. Bukan tak pernah aku cuba untuk mengarang puisi tapi akhirnya aku akan ketawa sendiri membacanya. Entahlah....mungkin ia memerlukan apa yang dinamakan bakat. Atau mungkin aku patut lebih rajin membaca buku-buku di segmen "Local Authors" di MPH yang 90% berkisar tentang cinta hehehehe…

Tapi aku percaya tiada kata-kata yang lebih indah dari kata-kata yang datang dari hati yang ikhlas dan niat yang murni...

Aku suka dua puisi ini...

Tonight I can write the saddest lines



Tonight I can write the saddest lines.

Write, for example,'The night is shattered
and the blue stars shiver in the distance.'

The night wind revolves in the sky and sings.

Tonight I can write the saddest lines.
I loved her, and sometimes she loved me too.

Through nights like this one I held her in my arms
I kissed her again and again under the endless sky.

She loved me sometimes, and I loved her too.
How could one not have loved her great still eyes.

Tonight I can write the saddest lines.
To think that I do not have her. To feel that I have lost her.

To hear the immense night, still more immense without her.
And the verse falls to the soul like dew to the pasture.

What does it matter that my love could not keep her.
The night is shattered and she is not with me.

This is all. In the distance someone is singing. In the distance.
My soul is not satisfied that it has lost her.

My sight searches for her as though to go to her.
My heart looks for her, and she is not with me.

The same night whitening the same trees.
We, of that time, are no longer the same.

I no longer love her, that's certain, but how I loved her.
My voice tried to find the wind to touch her hearing.

Another's. She will be another's. Like my kisses before.
Her voide. Her bright body. Her inifinite eyes.

I no longer love her, that's certain, but maybe I love her.
Love is so short, forgetting is so long.

Because through nights like this one I held her in my arms
my sould is not satisfied that it has lost her.

Though this be the last pain that she makes me suffer
and these the last verses that I write for her.

Pablo Neruda


-Tentang cinta dan kehilangan. Setiap kali aku baca , setiap kali itu juga aku akan rasa sebak...

"Hope" is the thing with feathers



"Hope" is the thing with feathers
That perches in the soul
And sings the tune without the words
And never stops at all

And sweetest in the Gale is heard
And sore must be the storm
That could abash the little Bird
That kept so many warm

I've heard it in the chillest land
And on the strangest Sea
Yet, never, in Extremity,
It asked a crumb of Me.

Emily Dickinson

-Tentang harapan.