Semalam Liverpool menang dengan sungguh bergaya menentang Newcastle United. Bukan sekadar menang biasa tapi menang dengan men "sayur"kan (terma yang sering diguna aku dan kawan-kawan utk menggambarkan kekalahan yang maha hebat) the Magpies dengan kekalahan memalukan 1-5 di White Hart Lanes. Itupun nasib baik sebenarnya. Kalau ikutkan mau 9 gol masuk. Sekurang-kurangnya 4 try direct on goal dan hanya kecekapan ajaib penjaga gol the Toons Shay Given yang menafikan kekalahan lebih memalukan buat Newcastle. Tahniah di ucapkan untuk Rafa Benitez dan anak-anak buahnya yang bersemangat waja untuk terus kekal di tangga teratas terutama sekali buat captain dynamo Mr. Steven Gerrard yang sekali lagi beraksi cemerlang mengemudi pasukan.
Aku pun tak ingat sejak bila aku minat bola secara amnya dan EPL serta Liverpool FC secara khususnya. Rasanya minat kepada bola mula berputik sewaktu zaman sekolah menengah. Aku pada mulanya tak la berminat pun sangat dengan bola. Malah pada masa tu aku lebih berminat bercerita dengan kawan-kawan tentang komputer dan siri-siri sains fiksyen seperti Star Trek dan Star Wars atau tentang UFO dan dinasour. Yup, di sekolah dulu aku bolehla dikategorikan sebagai golongan nerd dengan cermin mata besar dan majalah-majalah ilmiah seperti Popular Science dan Reader's Digest jika ada duit lebih atau Mingguan Kosmik kalau tengah sengkek hehe. Malah kawan-kawan baik aku juga adalah dari golongan ini yang walaupun bukan "chic magnet" tetapi alhamdulillah berjaya dalam hidup. Sering juga aku bayangkan apa agaknya kesudahan aku jika aku mula bercampur gaul dengan golongan kaki lepak dan kaki ponteng semasa sekolah dulu.Entah-entah aku mungkin sekarang ni ada di atas motor EX5 bertayar sotong dan dipotong blok di tepi tembok sambil mengusha awek-awek yang pulang bekerja dari kilang berdekatan.
Selain daripada kawan-kawan geek yang aku sebut diatas, aku juga ada berkawan dengan sorang mamat ni yang namanya Sani. Kira kawan baik juga dan juga rakan se pusat tuisyen dengan aku. Mamat ni mmg fanatik bola la. Bukan setakat EPL, malah La Liga, Serie A dan Bundesliga pun dia ikut. Walaupun ini mungkin takde apa yang peliknya bagi generasi sekarang tapi perlu diingat yang dulu mana ada Astro. Jadi terpaksala bergantung pada TV percuma untuk sesekali menayangkan perlawanan bola EPL. Untuk yang fanatik macam si Sani ni informasi diperolehi dari majalah-majalah bola atau video-video perlawanan bola. Fanatiknya si Sani ni sampai duit dia habis beli baju-baju jersi ori pasukan-pasukan kegemarannya. Malah seingat aku susah nak tengok mamat ni pakai baju lain selain jersi bola. Sani ni pendek kata boleh aku kategorikan sebagai makan bola, minum bola, tidur bola punya orang. Jumpa je takde cerita lain melainkan bola juga hehehe. Jadi passion dia tu akhirnya berjaya meracun aku untuk minat bola. Ye la kalau dah 24 jam bercerita pasal bola sapapun terpengaruh nak nak dengan cerita Sani ni yang agak dramatik penyampaiannya.
Mula mula dulu aku sebenarnya minat pada Totenham Hotspurs. Selain daripada di racun Sani yang mmg die hard fan the Spurs (dia siap pinjamkan aku jersi ori Spurs untuk seminggu. Gila bagus kempen hehehe), aku juga minat giler dengan dua pemain Spurs yang mmg menjadi legenda iaitu Gary Lineker (1989-1992) dan Juergen Klinsmann (1994-1995). Peh...depa kalau main memang leh terngaga la tengok dengan kelincahan dan ketenangan mereka di depan pintu gol. Tak ketinggalan juga Rooney zaman tu Paul Gascoigne (1988-1992) atau "Gazza", si gemuk yang berbakat besar tetapi akhirnya jatuh tersembam akibat ketagihan alkohol.
Dari kiri:- Gary Lineker, Juergen Klinsmann dan Paul "Gazza" Gascoigne. Lagenda Spurs
Tapi entah macam mana yang aku pun tak ingat pasal apa aku akhirnya menjadi kipas susah nak mati kelab bolasepak Inggeris terhebat di muka bumi ini iaitu Liverpool FC. Yang pastinya aku minat bukanlah sebab kelab tu adalah juara EPL pada masa tu . Era 90an adalah era kejatuhan the Reds dan kebangkitan kelab celaka Manchester United dan Arsenal. Malah tahun 1990 adalah kali terakhir Liverpool mengungguli takhta liga untuk musim 89/90. Tapi aku masih ingat menonton video-video zaman kegemilangan Liverpool terutamanya dengan striker yang cukup mantap iaitu Ian Rush (1980-1987) mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan. Mungkin sebab tu kot aku minat atau mungkin aku secara zahirnya minat team-team underdog. Jadi secara jujurnya aku pun tak tau macam mana sebenarnya aku boleh minat Liverpool padahal kalau ikutkan aku ni sepatutnya jadi fan Spurs hehehe.
Abang misai yang terer- Ian Rush
Selain Ian Rush, antara player Liverpool yang aku kagumi adalah Steve McManaman (1989-1999) yang bagi aku sangat rajin dan macam tak pernah penat. Dia bagi aku adalah Gerrard zaman tu dengan never say die attitude dalam bahasa inggerisnya atau agi idup agi ngelaban kalau ikut terma tempatannya.Malah kalau nak dibandingkan aku rasa dia ni sama hebat dengan seorang lagi winger faveret aku walaupun dia adalah legenda kelab yang aku cukup menyampah iaitu Ryan Giggs dari Manchester United.
Robbie Fowler (1993-1997 dan 2006-2007) atau digelar "God" oleh peminat-peminat Liverpool adalah striker yang cukup digeruni lawan di zaman kegemilangannya. Cukup hebat dan mantap. Kepantasan dan kelincahannya serta finishing yang clinical menjadikannya salah seorang wira anfield yang aku minat.
Sami Hyypia (1999 sehingga skrg) walaupun mungkin tidak seglamer pemain-pemain yang aku sebut tadi tapi aku rasa dia ni cukup penting bagi Liverpool sehingga sekarang ni walaupun mungkin tempatnya sebagai jeneral pertahanan telah diambil alih oleh Jamie Carragher. Sering menjadi sasaran ketika corner dan mempunyai instinct penyudah header yang power. Dia sama hebat dengan John Terry dari Chelsea bagi aku.Lagi satu aku cukup suka dengan pemain yang setia bersama kelab selama Hyypia ni.Season ni adalah season ke 10 dia bersama the Reds. Teruskan usahamu Sami!
Dari kiri:- Steve "Macca" McManaman, Robbie "God" Fowler dan Sami Hyypia
Ketika ini aku rasa 2 pemain yang menjadi kunci kepada jatuh naiknya the Reds adalah Steven Gerrard dan Jamie Carragher. Mereka bagi aku ada kualiti sebagai pemimpin yang perlu ada untuk sesebuah pasukan tu berjaya dalam "misi" mereka. Carra sebagai contohnya takdela apa-apa skill ajaib seperti Cristiano Ronaldo tetapi kerajinan dan attitudenya mampu menaikkan semangat pasukannya untuk terus berjuang. Stevie G pula adalah salah seorang pemain yang bagi aku "sempurna". Dia ada semua pakej yang didambakan oleh seseorang pengurus. Kepimpinan, bakat, workrate yang tinggi dan yang penting kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada pasukan.
Dari kiri:- Steven "Captain Fantastic" Gerrard dan Jamie "Carra" Carragher.
Fernando Torres pula adalah penyudah atau finisher yang cukup penting dan ampuh bagi the Reds. Aku cukup suka tengok aksi mamat ni yang digelar "El Nino" menyebabkan pertahanan lawan semput nak mengejar. Ditambah pula dengan kepantasan luar biasa dan bijaknya dia membaca perlawanan serta finishing yang deadly.
Walaupun Torres mungkin anak emas Benitez dan menjadi pujaan the Kop, tapi bagi aku Dirk Kuyt adalah pemain yang aku kagumi sekarang. Dia mungkin tidak se skill Torres tapi work ratenya yang tinggi dan kesanggupannya mengejar bola di mana sahaja dan sifat tidak mementingkan diri sendiri menjadikannya aset pada pasukan. Dia adalah "unsung hero" bagi the Reds. Orang yang sanggup membuat dirty work (bukan main kotor ye) di atas padang. Teruskan Kuyt!
Fernando "El Nino" Torres dan Dirk Kuyt
Selain itu, aku ingat lagi fasa yang sangat membosankan dan mengecewakan bagi aku iaitu di era Gerrard Houllier (1998-2004) menjadi pengurus. Masa tu walaupun Liverpool masih tergolong antara the big three bersama Arsenal dan Manchester United (time tu Chelsea masih sampah) tapi corak permainan mereka sangat sangat membosankan dengan Houllier yang suka bermain long ball dan bermain selamat. Tiada flair dalam permainan dan pasukan Liverpool kelihatan sangat tidak bermaya jika dibandingkan dengan pasukan kendalian Fergie dan Wenger.
Tapi itu semua berubah dengan kemasukan Rafa Benitez dari kelab Sepanyol Valencia. Dia masuk dengan track record yang impressive di mana telah berjaya mengubah Valencia dari kelab belasahan kepada juara La Liga. Nampaknya kepercayaan kelab pada Rafa berbayar dengan kejayaan cemerlang memenangi UEFA Champions League pada tahun 2005 dan finalis pada tahun 2007. Masalah Benitez adalah untuk menjadikan Liverpool juara liga dan halangan terbesar kelab hebat ini adalah untuk menjadi konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak hanya fokus pada pertandingan berkala seperti Champions League. Berdasarkan apa yang aku tengok, musim 08/09 mungkin adalah tahun dimana penantian selama 18 tahun akan berakhir.
Detik paling bermakna dan membuatkan aku sangat bangga menjadi peminat Liverpool adalah saat Liverpool menjulang UEFA Champions League buat kali kelima di Istanbul. Aku berani katakan itulah perlawanan paling dramatik dan paling emosional bagi aku. Meremang bulu roma kalau diingatkan balik. Aku ingat lagi masa tu aku berjaga awal pagi untuk menonton final bersejarah antara Liverpool dan AC Milan. First half je Liverpool dah ketinggalan 3-0 hasil penangan Maldini dan Crespo. Waktu tu aku rasa bukan aku saja malah seluruh peminat Liverpool mmg hampa sehampa-hampanya dan redha bahawa tahun tu mmg tahun takde rezeki. Dalam hati mmg menyumpah tak abis la. Harapan aku bila start 2nd half supaya kalau kalah pun jangan la kalah memalukan. Tapi tu la org kata bola tu bulat. Separuh masa kedua mmg ditakdirkan milik Liverpool . 3 gol dalam 10 minit. 2 oleh Gerrard dan satu oleh Smicer membuatkan Istanbul bergemuruh dengan sorakan semangat peminat.Mmg satu keajaiban pasal lawan adalah AC Milan, bukan Kedah FC. Aku sendiri macam tak percaya dan tak tergambar excitednya aku time tu. Dah tak pedulik dah jiran-jiran sebelah. Aku menyorak kegembiraan sekuat hati. Akhirnya Liverpool menang dengan penentuan sepakan penalti.
Gerrard dan rakan-rakan meraikan kemenangan dramatik di Istanbul
Seperkara lagi yang menarik adalah lagu tema The Kop yang mmg berhantu dan mmg menaikkan semangat. Adalah menjadi satu impian golden dream aku untuk sama-sama menyanyikan lagu ini di The Kop, Anfield bersama-sama peminat lain sambil menyaksikan samaada Manchester United atau Arsenal dibelasah teruk seperti newcastle hehehehe....
You'll never walk alone
When you walk through a storm hold your head up high,
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone!
Jadi sepanjang lebih kurang 18 tahun jadi peminat the Reds ni dah lama sebenarnya aku nak tengok Liverpool kembali di atas takhta EPL sebagai juara dan nampaknya tahun ni kemungkinan yang baik sekali dengan pasukan yang aku rasa mantap dan berwibawa untuk bergelar juara. YNWA!!!