Monday, January 26, 2009

What's on the idiot box?

Minggu lepas selepas kursus aku balik ke kampung tercinta di Pedas, Rembau. Seperti biasa aku kalau balik kampung memang jadi seperti polar bear. Berhibernasi di depan TV sambil menunggu hidangan menyelerakan dari ibu tersayang (fuhh....ayam masak lemak cili api dan sambal tumis ikan bilis petai makku masih the best in the world). Jadi selain dari rancangan biasa seperti Criminal Minds dan Monk, aku sempat jugakla tengok ulangan AJL 23 dan cerita Anak Halal semalam. AJL tu aku dah tengok kat ILKAP sebelum ni tapi terpaksa gakla tengok sekali lagi memandangkan undi-undi dari adik-adikku dan undi veto makku memaksa aku menukar channel Discovery Channel kepada TV3 (ada cerita tentang tatoo zaman purba..best tu tapi jelas enthusiasm aku tak dikongsi keluargaku yang lain hehehe). Ini ditambah pula makku yang memang fanatik bab-bab pertandingan lagu-lagu ni. Dulu semasa masih zaman VCR, aku seringkali ditugaskan merakam AJL di video tape. Ada lagi tu dan kalau ada yang nak tengok AJL 97 ke..haa boleh datang kat rumah aku. 

Hmmm...tentang AJL, aku rasa memang ramai yang tak setuju Meet Uncle Huseein (MUH) menang Juara Lagu malam tu tapi aku cukup suka. Ini bagi aku menunjukkan bahawa muzik-muzik seperti MUH yang kalau dulunya sering dikaitkan dengan bingit, seks dan dadah serta gejala sosial lain telah mula diterima umum. Malah para pengkritik dan mereka yang berilmu dalam muzik juga dapat menilai dan menghargai keindahan lagu-lagu seperti itu. MUH juga mantap hari itu dengan susunan muzik yang "tight" dan paling penting, suara vokalisnya yang maintain pitching yang menyeksakan tu. Walaupun mungkin ada sikit-sikit masalah teknikal tetapi secara keseluruhannya mereka dapat membawakan lagu berhantu mereka tu dengan baik sekali dan aku rasa munasabah dinobatkan sebagai juara lagu. Aku rasa juri memilih lagu tersebut tuk menang disebabkan originaliti dan berani keluar dari acuan muzik tempatan. Mereka berani buat pembaharuan dan bagi aku itu patut dipuji dan disokong. Aku harap tahun depan akan lebih banyak kumpulan-kumpulan seperti MUH bertanding. Hujan dan Bunkface ku harap dapat bersama-sama memeriahkan AJL yang kian layu tu walaupun aku pasti vokalis Hujan takkan dapat anugerah Vokal terbaik ehehehehe...

Dalam pada tu aku rasa Faizal Tahir juga cemerlang dengan dua lagu iaitu "Coba" dan "Sampai Syurga". Vokal dia memang takyah cakap la..mantap dan maintain power. Cuma aku rasa mekap dia malam tu terlampau "glam" dan keperempuanan. Malah aku rasa bulu kening dia tu pun cam di threading je hahahaha. Cukup tak sesuai dengan imej ganas superman malaya dia tu. Satu lagi takyah la pakai props gitar tu kalau setakat nak buat gempak padahal tak main hapa pun keh keh. Walaubagaimanapun, Sampai Syurga punya showmanship memang aku setuju wajar dapat persembahan terbaik dengan potong-potong rambut atas pentas dan koir beramai-ramai.

Persembahan paling jujur bagi aku malam tu datangnya dari Aizat dengan "Lagu Kita". Memang penuh penhayatan dan menyentuh jiwa. Mungkin juga sebab lagu itu dicipta sepenuhnya oleh Aizat. Tambahan pula lagu itu berdasarkan pengalaman hidup tuan punya lagu. 

Persembahan paling mengarut sudah pastinya dari Aiman dan Farawahida. Hadoiii aku ingatkan bila Noraniza Idris tak bertanding dah takde lagi persembahan-persembahan menyemakkan pentas seperti apa yang dipertontonkan oleh mereka. Sesuai sangat la lagu tu ditulis liriknya oleh Ahmad Fedtri yang sama merepek macam si Aiman tu. Sori la Aiman, Aiman mungkin tak kisah tapi aku ni rasa macam nak naik atas pentas lempang je ko.

Persembahan paling cute, comel dan magikal sudah tentunya dari Elyana dengan "Kalis Rindu". Tapi bab ni mungkin aku sedikit bias sebab aku memang minat Elyana dari dulu, semenjak dia berlakon Dunia Baru lagi ahahahahaha. Tapi dia duduk je sepanjang persembahan. Dengar kata dia kena busung dan menyebabkan pertutnya membesar secara unnatural. Busung ke mengandung Elyana? hadoiii kalau yang terkemudian tu aku amat kecewa huhuhuhu...

Persembahan penutup oleh Jamal. M.Nasir dan Jac amat menghiburkan. Memang power ranger la otai-otai ni semua. Jamal nampak berisi sikit dan nampak normal. Bagusla tu...suara sedap kalau isap dadah apa guna kan bro hehehe..

Persembahan oleh One Nation MC pun best. Depa ni memang boleh pergi lagi jauh. Memang boleh dikatakan Black Eyed Peas Malaysia. 

Okla cukupla pasal AJL...secara keseluruhannya agak menghiburkan la. 

Minggu lepas juga Astro ada tayangkan cerita 9 Naga. Lama dah aku teringin nak tengok cerita ni tapi malang sekali pasal takde sarikata. Bahasa Indon yang digunakan pula memang pekat dan laju dan aku memang tak paham jadi aku pun tukar la channel lain. 

Selepas AJL, adik aku nak pulak tengok cerita Anak Halal kat Astro Ria. Aku pun sebab dah takde kerja berfaedah lain untuk dibuat duduk la melangut depan TV. Memang bodoh la cerita tu. Simple je ceritanya. Tentang persahabatan 5 sekawan dan bagaimana mereka porak peranda akibat terlibat dengan dadah dan Along. Sayang jugak pasal pelakonnya semua boleh dikatakan ok berlakon kecuali Fasha Sandha dengan suara kepitnya yang memualkan. Yang aku rasa bodoh gila tu pasal cerita tu berkisar kat flat diaorang yang nampak gaya macam kat kampung baru pasal leh tengok menara KLCC dan "port" melepak bawah jambatan dimana salah seorang 5 sekawan ni jual burger. Tapi kat tempat tu depa je la yang melepak....lorong-lorong flat kosong. tempat melepak tu pun diaorang je yang ada sambil menunggu orang-orang jahat yang juga 5 orang datang sekali sekala buat kacau. Pas tu bila salah seorang watak utama mati kena tembak...diaorang yang 5 orang ni jugak yang pergi konon-konon nak balas dendam. Polis tak pernahnya ada padahal tembak menembak kat tempat awam. Yang peliknya masa nak serang "port" orang jahat yang memang nampak sangat set penggambaran ramai pulakla rekrut-rekrut mat rempit yang ntah dari mana datangnya. Pendek kata jalan cerita tu ok tapi execution ko. Tapi yang peliknya aku tengok sampai habis tu. Hmmm ...terhibur ke sebenarnya aku ni? hahaha

Ok la, aku nak pergi settlekan kereta aku yang masih pancit tu. Later...

1 comment:

Langit Jiwa said...

ahahahaha..

mmg jelas dpd entry kau kali ni yg kau byk melangut je kat depan tv sepanjang cuti tahun baru cina nih sambil menternak perut..

syabasss!!!