Monday, January 26, 2009

Subuh di Alor Star

Aku sampai di Alor Star hampir pukul 6 pagi. Perjalanan dari kampung terasa jauh sekali, tak seperti ketika bertolak dari Alor Star tempoh hari. Sengaja aku balik awal sehari supaya dapat rehat-rehat  sebelum memulakan tugas keesokkannya. Ini juga memandangkan aku tak berkereta kali ini, kalau tidak mungkin juga aku akan balik esok hari. Aku pun memang jenis yang tak kisah, boleh tidur di mana sahaja asal saja berkereta. RnR kan banyak, malah cukup selesa untuk singgah sebentar melepaskan lelah. Cuma tak bolehla nak demand lebih-lebih...sekadar cukup dengan keperluan asas untuk membersihkan diri. Tidur pula dalam kereta dengan dibukakan sedikit tingkap agar tak kepanasan. Boleh juga pasang aircond tapi aku tak berapa suka... walaupun kereta zaman sekarang agak selamat dari kebocoran karbon monoksida, tapi bak kata orang putih-u can never be too careful. Kalau aku balik berkereta, biasanya aku akan transit sebentar di Ipoh di rumah sahabat baikku Ish. Ipoh ni dah jadi macam rumah no. 3 aku selepas Rembau dan Alor Star. Kawan-kawan pun ramai. Malah aku rasa aku kenal Ipoh lebih lagi dari aku kenal Alor Star. Bila aku ke sana aku seboleh mungkin akan ke Bukit Keledang-tempat beriadah pilihan warga ipoh. Naik ke atas tu akan mengambil lebih kurang 30 minit dan ianya satu pengalaman yang sangat menyegarkan. Indah pemandangan alam semulajadi kiri dan kanan. Menghirup udara segar dan nyaman cukup membuatkan aku terlupa seketika yang aku sebenar nya berada di tengah bandaraya. 

Aku naik bas Kejora. Tak pernah la aku terpikir nak naik bas ni. Aku kalau tak Transnasional, Konsortium atau Durian Burung memang keberatan nak naik bas lain. Takut dapat bas yang sial atau pemandu rempit jahanam. Tapi hari ni memang aku dah takde pilihan lain, bas yang biasa aku naik semua dah penuh. Malah Transnasional sampai 1/2 dah penuh. Dahla tiket bas Kejora ni rm 50....tambang biasa baru rm 46.50. Tak kisahla bagi aku janji sampai dan perjalanan selamat dan selesa. Tapi bas alhamdulillah selesa dan pemandunya pun agak senonoh walaupun perjalanan lambat sejam.

Sampai-sampai di Alor Star seperti biasa ramai orang menunggu menawarkan khidmat kereta sewa. Aku pun sebab malas nak berjalan jauh dengan beg yang agak berat ambillah offer satu pakcik ni. Tengok-tengok dia naik kancil biasa je dan bukannya kereta sewa yang dilesenkan. Aku malas la nak tanya panjang-panjang, janji sampai. Lagipun biasa je aku tengok orang-orang macam pakcik ni yang cari side income lebih cuti-cuti camni. Aku cakap aku nak ke Mahkamah. Pakcik tu sepanjang perjalanan cerita macam-macam dan tanya macam-macam sampai aku rasa nak stapler je mulut dia. Dia tak tahu ke yang aku ni baru turun bas di dinihari dan masih mamai lagi. "I need some peace n quiet. Can u just drive god damn it" kataku dalam hati. Sampai-sampai aku tanya la berapa. Pakcik tu kata RM10. Hoh melompat la aku, bukan jauh pun terminal bas Sahab Perdana tu dengan Mahkamah. Tak sampai 10 minit pun perjalanan. Dari komuter Kajang ke ILKAP yang pada aku lagi jauh pun RM5 ni kau kat Alor Star nak charge lebih2. Aku cakap la "Pakcik, biasa saya naik rm5 je" kata aku dengan tegas. "Ni kira rate malam ni dik..lagipun kalau rm5 mana nak lepas minyak pun" balas pakcik tu. "Ni dah pagi ni pakcik...rm5 je la" balas aku dengan sedikit meninggikan suara. "Bla, Bla, bla..." ntah hapa mamat tu merepek aku pun tak tau. Aku keluarkan rm5, bagi kat pakcik tu dan keluar dari kereta. Dia tak cakap banyak dan berlalu pergi. Haa sib baik ko bijak dan blah je. Kalau nak cakap banyak lagi mau aku lecture kau yang bawak kereta sewa takde lesen, takde PSV ni salah bawah Akta Pengangkutan Jalan. Tapi aku pun salah gak..tanya la dulu siap2 kan? hehehehe. Then again, man man la kalau nak untung pun. Kau ingat budak sekolah ke yang ko nak tekan ni?

Sampai-sampai kat kat depan gate tu dan setelah bertegur sapa lebih kurang dengan pakcik guard aku pun melangkah penuh longlai ke ofis. Aku masuk ofis, amik kunci kereta dan pergi la nak start kereta yang dah lama tak panas enjinnya tu. Enjin ok tapi ada satu yang tak ok, tayar belakang aku pancit!!....waduhhh...kapan gini kata aku dengan penuh amarah. Dahla tayar depan aku yang pancit sebelum aku bertolak tempoh hari masih tak bertukar. Masih menggunakan tayar spare sementara yang merupakan versi tayar sotong rempit bagi kereta. Itu juga bermaksud yang aku takde tayar spare lain dan yang lagi best hari ni orang masih bercuti tahun baru cina dan memandangkan tokay kedai tayar hampir 100% berbangsa cina dan mungkin masih enak dibuai mimpi setelah puas makan yee sang semalam, memang haram la takde kedai yang bukak hari ni.

Hadoiii...sabar je la....

1 comment:

Langit Jiwa said...

ahahaha...

cukup la aku sorg je yg nak bertekak dgn peniaga2 yg illegal..

at least aku kalau kena pukul pun, kena pukul pakai keropok jer, tp kau kalau nak kena belasah pun paling koman kena langgar dgn kancil, sakit tuh..