Monday, January 26, 2009

What's on the idiot box?

Minggu lepas selepas kursus aku balik ke kampung tercinta di Pedas, Rembau. Seperti biasa aku kalau balik kampung memang jadi seperti polar bear. Berhibernasi di depan TV sambil menunggu hidangan menyelerakan dari ibu tersayang (fuhh....ayam masak lemak cili api dan sambal tumis ikan bilis petai makku masih the best in the world). Jadi selain dari rancangan biasa seperti Criminal Minds dan Monk, aku sempat jugakla tengok ulangan AJL 23 dan cerita Anak Halal semalam. AJL tu aku dah tengok kat ILKAP sebelum ni tapi terpaksa gakla tengok sekali lagi memandangkan undi-undi dari adik-adikku dan undi veto makku memaksa aku menukar channel Discovery Channel kepada TV3 (ada cerita tentang tatoo zaman purba..best tu tapi jelas enthusiasm aku tak dikongsi keluargaku yang lain hehehe). Ini ditambah pula makku yang memang fanatik bab-bab pertandingan lagu-lagu ni. Dulu semasa masih zaman VCR, aku seringkali ditugaskan merakam AJL di video tape. Ada lagi tu dan kalau ada yang nak tengok AJL 97 ke..haa boleh datang kat rumah aku. 

Hmmm...tentang AJL, aku rasa memang ramai yang tak setuju Meet Uncle Huseein (MUH) menang Juara Lagu malam tu tapi aku cukup suka. Ini bagi aku menunjukkan bahawa muzik-muzik seperti MUH yang kalau dulunya sering dikaitkan dengan bingit, seks dan dadah serta gejala sosial lain telah mula diterima umum. Malah para pengkritik dan mereka yang berilmu dalam muzik juga dapat menilai dan menghargai keindahan lagu-lagu seperti itu. MUH juga mantap hari itu dengan susunan muzik yang "tight" dan paling penting, suara vokalisnya yang maintain pitching yang menyeksakan tu. Walaupun mungkin ada sikit-sikit masalah teknikal tetapi secara keseluruhannya mereka dapat membawakan lagu berhantu mereka tu dengan baik sekali dan aku rasa munasabah dinobatkan sebagai juara lagu. Aku rasa juri memilih lagu tersebut tuk menang disebabkan originaliti dan berani keluar dari acuan muzik tempatan. Mereka berani buat pembaharuan dan bagi aku itu patut dipuji dan disokong. Aku harap tahun depan akan lebih banyak kumpulan-kumpulan seperti MUH bertanding. Hujan dan Bunkface ku harap dapat bersama-sama memeriahkan AJL yang kian layu tu walaupun aku pasti vokalis Hujan takkan dapat anugerah Vokal terbaik ehehehehe...

Dalam pada tu aku rasa Faizal Tahir juga cemerlang dengan dua lagu iaitu "Coba" dan "Sampai Syurga". Vokal dia memang takyah cakap la..mantap dan maintain power. Cuma aku rasa mekap dia malam tu terlampau "glam" dan keperempuanan. Malah aku rasa bulu kening dia tu pun cam di threading je hahahaha. Cukup tak sesuai dengan imej ganas superman malaya dia tu. Satu lagi takyah la pakai props gitar tu kalau setakat nak buat gempak padahal tak main hapa pun keh keh. Walaubagaimanapun, Sampai Syurga punya showmanship memang aku setuju wajar dapat persembahan terbaik dengan potong-potong rambut atas pentas dan koir beramai-ramai.

Persembahan paling jujur bagi aku malam tu datangnya dari Aizat dengan "Lagu Kita". Memang penuh penhayatan dan menyentuh jiwa. Mungkin juga sebab lagu itu dicipta sepenuhnya oleh Aizat. Tambahan pula lagu itu berdasarkan pengalaman hidup tuan punya lagu. 

Persembahan paling mengarut sudah pastinya dari Aiman dan Farawahida. Hadoiii aku ingatkan bila Noraniza Idris tak bertanding dah takde lagi persembahan-persembahan menyemakkan pentas seperti apa yang dipertontonkan oleh mereka. Sesuai sangat la lagu tu ditulis liriknya oleh Ahmad Fedtri yang sama merepek macam si Aiman tu. Sori la Aiman, Aiman mungkin tak kisah tapi aku ni rasa macam nak naik atas pentas lempang je ko.

Persembahan paling cute, comel dan magikal sudah tentunya dari Elyana dengan "Kalis Rindu". Tapi bab ni mungkin aku sedikit bias sebab aku memang minat Elyana dari dulu, semenjak dia berlakon Dunia Baru lagi ahahahahaha. Tapi dia duduk je sepanjang persembahan. Dengar kata dia kena busung dan menyebabkan pertutnya membesar secara unnatural. Busung ke mengandung Elyana? hadoiii kalau yang terkemudian tu aku amat kecewa huhuhuhu...

Persembahan penutup oleh Jamal. M.Nasir dan Jac amat menghiburkan. Memang power ranger la otai-otai ni semua. Jamal nampak berisi sikit dan nampak normal. Bagusla tu...suara sedap kalau isap dadah apa guna kan bro hehehe..

Persembahan oleh One Nation MC pun best. Depa ni memang boleh pergi lagi jauh. Memang boleh dikatakan Black Eyed Peas Malaysia. 

Okla cukupla pasal AJL...secara keseluruhannya agak menghiburkan la. 

Minggu lepas juga Astro ada tayangkan cerita 9 Naga. Lama dah aku teringin nak tengok cerita ni tapi malang sekali pasal takde sarikata. Bahasa Indon yang digunakan pula memang pekat dan laju dan aku memang tak paham jadi aku pun tukar la channel lain. 

Selepas AJL, adik aku nak pulak tengok cerita Anak Halal kat Astro Ria. Aku pun sebab dah takde kerja berfaedah lain untuk dibuat duduk la melangut depan TV. Memang bodoh la cerita tu. Simple je ceritanya. Tentang persahabatan 5 sekawan dan bagaimana mereka porak peranda akibat terlibat dengan dadah dan Along. Sayang jugak pasal pelakonnya semua boleh dikatakan ok berlakon kecuali Fasha Sandha dengan suara kepitnya yang memualkan. Yang aku rasa bodoh gila tu pasal cerita tu berkisar kat flat diaorang yang nampak gaya macam kat kampung baru pasal leh tengok menara KLCC dan "port" melepak bawah jambatan dimana salah seorang 5 sekawan ni jual burger. Tapi kat tempat tu depa je la yang melepak....lorong-lorong flat kosong. tempat melepak tu pun diaorang je yang ada sambil menunggu orang-orang jahat yang juga 5 orang datang sekali sekala buat kacau. Pas tu bila salah seorang watak utama mati kena tembak...diaorang yang 5 orang ni jugak yang pergi konon-konon nak balas dendam. Polis tak pernahnya ada padahal tembak menembak kat tempat awam. Yang peliknya masa nak serang "port" orang jahat yang memang nampak sangat set penggambaran ramai pulakla rekrut-rekrut mat rempit yang ntah dari mana datangnya. Pendek kata jalan cerita tu ok tapi execution ko. Tapi yang peliknya aku tengok sampai habis tu. Hmmm ...terhibur ke sebenarnya aku ni? hahaha

Ok la, aku nak pergi settlekan kereta aku yang masih pancit tu. Later...

Subuh di Alor Star

Aku sampai di Alor Star hampir pukul 6 pagi. Perjalanan dari kampung terasa jauh sekali, tak seperti ketika bertolak dari Alor Star tempoh hari. Sengaja aku balik awal sehari supaya dapat rehat-rehat  sebelum memulakan tugas keesokkannya. Ini juga memandangkan aku tak berkereta kali ini, kalau tidak mungkin juga aku akan balik esok hari. Aku pun memang jenis yang tak kisah, boleh tidur di mana sahaja asal saja berkereta. RnR kan banyak, malah cukup selesa untuk singgah sebentar melepaskan lelah. Cuma tak bolehla nak demand lebih-lebih...sekadar cukup dengan keperluan asas untuk membersihkan diri. Tidur pula dalam kereta dengan dibukakan sedikit tingkap agar tak kepanasan. Boleh juga pasang aircond tapi aku tak berapa suka... walaupun kereta zaman sekarang agak selamat dari kebocoran karbon monoksida, tapi bak kata orang putih-u can never be too careful. Kalau aku balik berkereta, biasanya aku akan transit sebentar di Ipoh di rumah sahabat baikku Ish. Ipoh ni dah jadi macam rumah no. 3 aku selepas Rembau dan Alor Star. Kawan-kawan pun ramai. Malah aku rasa aku kenal Ipoh lebih lagi dari aku kenal Alor Star. Bila aku ke sana aku seboleh mungkin akan ke Bukit Keledang-tempat beriadah pilihan warga ipoh. Naik ke atas tu akan mengambil lebih kurang 30 minit dan ianya satu pengalaman yang sangat menyegarkan. Indah pemandangan alam semulajadi kiri dan kanan. Menghirup udara segar dan nyaman cukup membuatkan aku terlupa seketika yang aku sebenar nya berada di tengah bandaraya. 

Aku naik bas Kejora. Tak pernah la aku terpikir nak naik bas ni. Aku kalau tak Transnasional, Konsortium atau Durian Burung memang keberatan nak naik bas lain. Takut dapat bas yang sial atau pemandu rempit jahanam. Tapi hari ni memang aku dah takde pilihan lain, bas yang biasa aku naik semua dah penuh. Malah Transnasional sampai 1/2 dah penuh. Dahla tiket bas Kejora ni rm 50....tambang biasa baru rm 46.50. Tak kisahla bagi aku janji sampai dan perjalanan selamat dan selesa. Tapi bas alhamdulillah selesa dan pemandunya pun agak senonoh walaupun perjalanan lambat sejam.

Sampai-sampai di Alor Star seperti biasa ramai orang menunggu menawarkan khidmat kereta sewa. Aku pun sebab malas nak berjalan jauh dengan beg yang agak berat ambillah offer satu pakcik ni. Tengok-tengok dia naik kancil biasa je dan bukannya kereta sewa yang dilesenkan. Aku malas la nak tanya panjang-panjang, janji sampai. Lagipun biasa je aku tengok orang-orang macam pakcik ni yang cari side income lebih cuti-cuti camni. Aku cakap aku nak ke Mahkamah. Pakcik tu sepanjang perjalanan cerita macam-macam dan tanya macam-macam sampai aku rasa nak stapler je mulut dia. Dia tak tahu ke yang aku ni baru turun bas di dinihari dan masih mamai lagi. "I need some peace n quiet. Can u just drive god damn it" kataku dalam hati. Sampai-sampai aku tanya la berapa. Pakcik tu kata RM10. Hoh melompat la aku, bukan jauh pun terminal bas Sahab Perdana tu dengan Mahkamah. Tak sampai 10 minit pun perjalanan. Dari komuter Kajang ke ILKAP yang pada aku lagi jauh pun RM5 ni kau kat Alor Star nak charge lebih2. Aku cakap la "Pakcik, biasa saya naik rm5 je" kata aku dengan tegas. "Ni kira rate malam ni dik..lagipun kalau rm5 mana nak lepas minyak pun" balas pakcik tu. "Ni dah pagi ni pakcik...rm5 je la" balas aku dengan sedikit meninggikan suara. "Bla, Bla, bla..." ntah hapa mamat tu merepek aku pun tak tau. Aku keluarkan rm5, bagi kat pakcik tu dan keluar dari kereta. Dia tak cakap banyak dan berlalu pergi. Haa sib baik ko bijak dan blah je. Kalau nak cakap banyak lagi mau aku lecture kau yang bawak kereta sewa takde lesen, takde PSV ni salah bawah Akta Pengangkutan Jalan. Tapi aku pun salah gak..tanya la dulu siap2 kan? hehehehe. Then again, man man la kalau nak untung pun. Kau ingat budak sekolah ke yang ko nak tekan ni?

Sampai-sampai kat kat depan gate tu dan setelah bertegur sapa lebih kurang dengan pakcik guard aku pun melangkah penuh longlai ke ofis. Aku masuk ofis, amik kunci kereta dan pergi la nak start kereta yang dah lama tak panas enjinnya tu. Enjin ok tapi ada satu yang tak ok, tayar belakang aku pancit!!....waduhhh...kapan gini kata aku dengan penuh amarah. Dahla tayar depan aku yang pancit sebelum aku bertolak tempoh hari masih tak bertukar. Masih menggunakan tayar spare sementara yang merupakan versi tayar sotong rempit bagi kereta. Itu juga bermaksud yang aku takde tayar spare lain dan yang lagi best hari ni orang masih bercuti tahun baru cina dan memandangkan tokay kedai tayar hampir 100% berbangsa cina dan mungkin masih enak dibuai mimpi setelah puas makan yee sang semalam, memang haram la takde kedai yang bukak hari ni.

Hadoiii...sabar je la....

Monday, January 12, 2009

Sleepless in Alor Star

Dah pukul 11 malam tapi mata aku masih terbuka luas. Macam-macam benda menerjah minda yang membuatkan aku tak keruan. Jadi dari terkebil-kebil atas katil buat menambah kusut pemikiran, aku rasa aku perlu keluar mengambil angin-mungkin itu dapat meredakan sikit keresahan jiwa.  Singgah kedai Petronas sekejap beli Milo kotak (aku memang ketagih ngan Milo kotak la sekarang ni- apa jadah depa letak haa? konpius aku) dan juga hotdog gerai (nak mintak special cheese mayonis lebih tapi aku baru ingat yang aku sedang berdiet, so hotdog biasa je la hehehe) buat mengisi perut aku pun terus ke ofis. Bukan nak buat kerja pun tapi nak melayar internet. Ada kerja sebenarnya yang perlu aku bereskan tapi aku memang totally takde mood. Banyak sebenarnya yang aku nak tulis di sini tapi tak terungkap dengan kata-kata. Meluahkannya disini mungkin terapi yang baik untuk aku tapi ia juga boleh membuatkan aku tambah parah. Jadi nanti-nantilah. Ok la..gua nak layan youtube n bloghopping...

Have you ever- Brandy
Have you ever loved somebody so much
It makes you cry
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
Have you ever tried to find the words
But they don't come out right
Have you ever, have you ever

Have you ever been in love
Been in love so bad
You'd do anything to make them understand
Have you ever had someone steal your heart away
You'd give anything to make them feel the same
Have you ever searched for words to get you in their heart
But you don't know what to say
And you don't know where to start

Have you ever found the one
You've dreamed of all of your life
You'd do just about anything to look into their eyes
Have you finally found the one you've given your heart to
Only to find that one won't give their heart to you
Have you ever closed your eyes and
Dreamed that they were there
And all you can do is wait for the day when they will care

What do I gotta do to get you in my arms baby
What do I gotta say to get to your heart
To make you understand how I need you next to me
Gotta get you in my world
'Cuz baby I can't sleep


Friday, January 9, 2009

Aku dan Superbike idaman

Harap-harap tahun ni dimurahkan rezeki :)

Honda CBR 1000RR ABS 2009
Honda CBR 600RR ABS 2009

Thursday, January 8, 2009

Soal Hati...

"Bad, i dapat surat panggilan interview dari AG" kataku padanya. Masa itu aku masih lagi bekerja di sebuah firma guaman di Damansara Perdana sekitar tahun 2005. Badariah adalah rakan sekerja ku. Kami rapat memandangkan firma tu pun tak la sebesar mana. Ada boss dan aku sebagai peguam dan Bad sebagai Pelatih Dalam Kamar. Banyak kenangan kami bersama kat sana terutama bab-bab yang tak langsung melibatkan kerja dan perundangan. Majikanku masa tu ada banyak masalah dengan rumahtangga sehingga terbawa-bawa ke ofis. Aku dan Bad kadang-kadang terpaksa jadi pendengar setia masalah mereka suami isteri. Sayang sebenarnya sebab kalau diikutkan bos ku tu bijak dan berkaliber orangnya. Masa tu firma aku mengkhusus dalam undang-undang maritim. Tak banyak firma yang mempunyai kepakaran dalam bidang tu. Tapi disebabkan masalah rumahtangganya firma pun jadi tunggang terbalik. Jadi aku rasa demi masa depan aku harus segera move on mencari kerjaya baru.

Sebenarnya berat hati juga nak isi borang SPA tu. Aku graduan UM jadi memang mentaliti kami adalah kerja gomen ni sebagai pilihan terakhir. Rata-rata kami semua ingin menjadi peguam selepas grad. Aku selalu kata kat kawan-kawan dalam servis bila ditanya kenapa tak ramai graduan UM masuk servis - "sebab kami semua mata duitan" hehehehe. Mungkin ada kebenarannya sebab kerja gomen masa tu takla menjanjikan pulangan yang lumayan jika dibandingkan dengan sektor swasta. Sesetengah firma besar seperti Lee Hishamuddin menawarkan sehingga RM2,500 sebagai gaji permulaan. Cuba pula bandingkan dengan kerja gomen yang starting rm1,800 sahaja. Tapi setelah hampir 2 tahun aku bekerja sebagai peguam aku sedar yang duit bukanlah segalanya. Kepuasan dalam kerjaya juga penting dan aku juga tak mahu jadi hamba pada kerja seperti sesetengah kawan-kawan yang bekerja sampai larut malam setiap hari mengejar target. Di firma-firma besar mereka ada profit target setiap bulan-misalannya jika kamu dibayar RM3,000, kamu dikehendaki bawak balik profit kepada firma mungkin rm6,000 atau RM9,000 setiap bulan kepada firma. Malah sesetengah firma menyediakan makan malam kepada peguam-peguam mereka sebab mereka memang di expect untuk stay up dan habiskan kerja. Malah balik kerja pukul 6 tu dianggap dosa besar dan kamu akan dicap malas. Kadang-kadang bukan ada kerja pun tapi disebabkan persepsi begitu ramai yang terpaksa berpura-pura buat kerja di depan PC sehingga lewat hari walhal mungkin mereka cuma bermain solitaire atau melayar internet.

Aku juga pemegang biasiswa JPA dan terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 7 tahun. Lagipun ibu bapaku memang cukup suka jika aku masuk berkhidmat dengan kerajaan. Terjamin kata mereka. "Kerja Loyer pun duit selalu je takde tiap bulan"-teringat kata-kata mak aku hehehe. Sebenarnya kalau ikutkan aku bercita-cita nak masuk pasukan polis seperti ayahku. Malah aku dah beritahu pun mak aku aku nak apply untuk masuk ASP percubaan. Tapi ayahku telah memveto keputusanku. Dia kata -"kau nak kerja apa pun takpe cuma kalau boleh jangan masuk polis. Kerja teruk 24 jam. Harapkan gah berpaku je tapi setakat tu je la". Aku sangat bersyukur sebab jadi anak yang baik dan mengikut kata masa tu. Memang setelah masuk gomen, aku lihat memang kerja polis ni kerja yang thankless. Kau buat baik orang tak nampak tapi sekali kau buat silap memang akan datangla caci maki dari setiap sudut-dari ketua sendiri, dari pihak pendakwaan, dari mahkamah, dari orang ramai. Kerja 25 jam sehari dan bukan boleh claim overtime pun. Kalau isteri tak sabar dan memahami memang porak peranda la rumahtangga. Anak-anak pun kadang-kadang terabai pasal masa mereka berjaga kamu tidur dan bila mereka tidur kamu bekerja. Tapi apapun, bagi mereka yang berseragam biru dan bekerja dengan ikhlas demi nusa dan bangsa, aku salut kamu semua. 

Aiseh, dah melencong jauh ni...aku sebenarnya nak cerita benda lain. Tapi takpela sebagai mukadimah hehehe. Sambung perbualan aku dengan Bad tadi. Bad kata kat aku -"oh bagusla, nanti boleh jumpa kawan i L. Dia baik tau n friendly". Masa tu aku hanya sekadar mengangguk sahaja. Takdela pulak terdetik nak tahu lebih lanjut sapa L ni. Sekadar mengiyakan saja kata-kata Bad tu. Tak sangka rupa-rupanya L ini bakal merubah hidup aku selamanya...

Alhamdulillah aku lepas interview dan dengan berat hati aku mengucapkan selamat tinggal pada Bad dan mula bertugas di Putrajaya. Aku juga cukup gembira ditempatkan di bahagian pendakwaan kerana minat aku memang menjurus pada undang-undang jenayah. Batch aku tak silap aku ada lebih kurang 20+ masa tu. Memang kebiasaannya pegawai-pegawai baru akan ditempatkan di Putrajaya terlebih dahulu sementara menunggu perintah posting.

Di situlah pertama kali aku jumpa L. Dia masuk lebih dulu dari kami lebih kurang sebulan dalam batch yang lain. Pertama kali jumpa aku takdela rasa apa-apa yang luar biasa. Tapi aku suka dengan senyumannya yang manis sekali. Memang aku akui masa tu aku berhati keras, susah nak suka kat orang. Pengalaman lalu mengajar aku agar jangan mudah menyerahkan hati pada orang lain. Lagipun masa tu aku baru mula pulih dari kekecewaan lepas.

Takdir dan kuasa tuhan akhirnya membuka hati aku pada L. Aku tak percaya pada cinta pandang pertama. Bagi aku sebelum cinta itu berputik, aku harus serasi sebagai kawan dengannya terlebih dahulu. Bila dah selesa dan kenal hati budinya barula rasa sayang itu akan datang. Kekasihku seharusnya kawan aku yang paling baik. Itu aku. Ramai yang kata approach aku salah dan aku akui ada kebenarannya. Seseorang yang rapat denganku selalu kata-"perempuan itu tidak kompleks. Cuma lelaki saja yang tak nampak. Tapi yang pasti bila seseorang perempuan dah anggap seseorang lelaki itu sebagai kawan susah dia nak pergi lebih jauh dalam perhubungan."

Kenapa ye aku suka dan sayang padanya. Aku sebenarnya tak tahu bagaimana nak menjawab persoalan tu. Selalu orang kata kalau kau boleh jelaskan kenapa kau cintakan seseorang, maka itu bukan cinta namanya. Entahla, yang pasti aku amat selesa dengan dia. Dia adalah seorang yang sangat peramah. Malah boleh bercakap tanpa henti berjam-jam dan aku tak pernah bosan mendengarnya. Dia bijak orangnya, boleh bercerita isu-isu politik semasa dengan lancar dan pada masa yang sama boleh juga bercerita pasal gosip-gosip hiburan terkini. Dia juga peminat bolasepak, satu kualiti yang jarang ada pada seorg perempuan yang kalau mengaku minat pada bolasepakpun tapi mereka sebenarnya minat pada segaknya David Beckham atau cutenya Michael Owen. Walaupun dia minat pada pasukan yang aku cukup menyampah iaitu Manchester United dan aku pula peminat setia pasukan the Reds, tapi itu tidak menjadi isu besar hehe. Selain tu aku lihat dia ni solehah orangnya walaupun pendiriannya mungkin liberal. Tak tinggal sembahyang dan utuh pegangan agamanya. Seseorang yang liberal pemikirannya tetapi pada masa yang sama konservatif dari segi agama dan budaya. Susah bukan nak cari yang sebegitu?. Seperkara lagi aku kagum dengannya yang tabah dan walaupun pelbagai masalah melandanya masa itu. Dia juga seorang yang keras hati dan teguh pendirian dan kadang-kadang aku rasa insensitive tapi aku tahu dia ambil berat tentang orang sekeliling.Mungkin itu sekadar facade atau defense mechanism bagi dirinya.

Dari sekadar kawan biasa aku mula rasa rindu padanya. Sejak bila aku tak pasti tapi yang pastinya semenjak kami masih di Putrajaya. Aku selalu ternanti-nanti kehadirannya setiap pagi. Tak sabar nak tengok senyuman dan berbicara dengannya. Aku juga setiap hari memikirkan apa alasan untuk menjengahnya di bilik. Kami masa tu ditempatkan di bilik berbeza dalam ofis yang sama. 

(bersambung...)

Monday, January 5, 2009

Laskar Pelangi

Lagu Laskar Pelangi daripada Nidji sering berkumandang kat radio sekarang ni. Sedap dan catchy lagu ni.Lagu ni dari OST filem dengan tajuk yang sama. Liriknya betul-betul buat aku bersemangat:-

Laskar Pelangi-Nidji

mimpi adalah kunci 
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

laskar pelangi takkan terikat waktu

Aku pernah dengar tentang novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata ni tapi tak pernah la pulak berkesempatan atau terpanggil untuk membacanya. Hasil google aku dapati best la pulak subjek ceritanya. Ni aku ambil dari Wikipedia:-

"Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustakapada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:

  1. Ikal
  2. Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
  3. Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
  4. Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
  5. A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
  6. Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
  7. Kucai; Mukharam Kucai Khairani
  8. Borek aka Samson
  9. Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
  10. Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan

Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP, dan menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi. Pada bagian-bagian akhir cerita, anggota Laskar Pelangi bertambah satu anak perempuan yang bernama Flo, seorang murid pindahan. Keterbatasan yang ada bukan membuat mereka putus asa, tetapi malah membuat mereka terpacu untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.

Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang PemimpiEdensor dan Maryamah Karpov. Buku ini tercatat sebagai buku sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah."


Menarik bukan? Aku baca setakat tu je la. Nanti spoil lak baca lebih-lebih hehe. Kalau nak lebih lanjut kamu boleh google atau terus ke wiki. Bila la ye filem ni nak masuk Malaysia. Aku rasa aku nak baca novelnya dulu. Kebiasaannya pun novel adalah jauh lebih baik dari versi filemnya...




Monday, December 29, 2008

Aku dan Liverpool FC



Semalam Liverpool menang dengan sungguh bergaya menentang Newcastle United. Bukan sekadar menang biasa tapi menang dengan men "sayur"kan (terma yang sering diguna aku dan kawan-kawan utk menggambarkan kekalahan yang maha hebat) the Magpies dengan kekalahan memalukan 1-5 di White Hart Lanes. Itupun nasib baik sebenarnya. Kalau ikutkan mau 9 gol masuk. Sekurang-kurangnya 4 try direct on goal dan hanya kecekapan ajaib penjaga gol the Toons Shay Given yang menafikan kekalahan lebih memalukan buat Newcastle. Tahniah di ucapkan untuk Rafa Benitez dan anak-anak buahnya yang bersemangat waja untuk terus kekal di tangga teratas terutama sekali buat captain dynamo Mr. Steven Gerrard yang sekali lagi beraksi cemerlang mengemudi pasukan.

Aku pun tak ingat sejak bila aku minat bola secara amnya dan EPL serta Liverpool FC secara khususnya. Rasanya minat kepada bola mula berputik sewaktu zaman sekolah menengah. Aku pada mulanya tak la berminat pun sangat dengan bola. Malah pada masa tu aku lebih berminat bercerita dengan kawan-kawan tentang komputer dan siri-siri sains fiksyen seperti Star Trek dan Star Wars atau tentang UFO dan dinasour. Yup, di sekolah dulu aku bolehla dikategorikan sebagai golongan nerd dengan cermin mata besar dan majalah-majalah ilmiah seperti Popular Science dan Reader's Digest jika ada duit lebih atau Mingguan Kosmik kalau tengah sengkek hehe. Malah kawan-kawan baik aku juga adalah dari golongan ini yang walaupun bukan "chic magnet" tetapi alhamdulillah berjaya dalam hidup. Sering juga aku bayangkan apa agaknya kesudahan aku jika aku mula bercampur gaul dengan golongan kaki lepak dan kaki ponteng semasa sekolah dulu.Entah-entah aku mungkin sekarang ni ada di atas motor EX5 bertayar sotong dan dipotong blok di tepi tembok sambil mengusha awek-awek yang pulang bekerja dari kilang berdekatan.

Selain daripada kawan-kawan geek yang aku sebut diatas, aku juga ada berkawan dengan sorang mamat ni yang namanya Sani. Kira kawan baik juga dan juga rakan se pusat tuisyen dengan aku. Mamat ni mmg fanatik bola la. Bukan setakat EPL, malah La Liga, Serie A dan Bundesliga pun dia ikut. Walaupun ini mungkin takde apa yang peliknya bagi generasi sekarang tapi perlu diingat yang dulu mana ada Astro. Jadi terpaksala bergantung pada TV percuma untuk sesekali menayangkan perlawanan bola EPL. Untuk yang fanatik macam si Sani ni informasi diperolehi dari majalah-majalah bola atau video-video perlawanan bola. Fanatiknya si Sani ni sampai duit dia habis beli baju-baju jersi ori pasukan-pasukan kegemarannya. Malah seingat aku susah nak tengok mamat ni pakai baju lain selain jersi bola. Sani ni pendek kata boleh aku kategorikan sebagai makan bola, minum bola, tidur bola punya orang. Jumpa je takde cerita lain melainkan bola juga hehehe. Jadi passion dia tu akhirnya berjaya meracun aku untuk minat bola. Ye la kalau dah 24 jam bercerita pasal bola sapapun terpengaruh nak nak dengan cerita Sani ni yang agak dramatik penyampaiannya.

Mula mula dulu aku sebenarnya minat pada Totenham Hotspurs. Selain daripada di racun Sani yang mmg die hard fan the Spurs (dia siap pinjamkan aku jersi ori Spurs untuk seminggu. Gila bagus kempen hehehe), aku juga minat giler dengan dua pemain Spurs yang mmg menjadi legenda iaitu Gary Lineker (1989-1992) dan Juergen Klinsmann (1994-1995). Peh...depa kalau main memang leh terngaga la tengok dengan kelincahan dan ketenangan mereka di depan pintu gol. Tak ketinggalan juga Rooney zaman tu Paul Gascoigne (1988-1992) atau "Gazza", si gemuk yang berbakat besar tetapi akhirnya jatuh tersembam akibat ketagihan alkohol. 

Dari kiri:- Gary Lineker, Juergen Klinsmann dan Paul "Gazza" Gascoigne. Lagenda Spurs

Tapi entah macam mana yang aku pun tak ingat pasal apa aku akhirnya menjadi kipas susah nak mati kelab bolasepak Inggeris terhebat di muka bumi ini iaitu Liverpool FC. Yang pastinya aku minat bukanlah sebab kelab tu adalah juara EPL pada masa tu . Era 90an adalah era kejatuhan the Reds dan kebangkitan kelab celaka Manchester United dan Arsenal. Malah tahun 1990 adalah kali terakhir Liverpool mengungguli takhta liga untuk musim 89/90. Tapi aku masih ingat menonton video-video zaman kegemilangan Liverpool terutamanya dengan striker yang cukup mantap iaitu Ian Rush (1980-1987) mengkucar-kacirkan barisan pertahanan lawan. Mungkin sebab tu kot aku minat atau mungkin aku secara zahirnya minat team-team underdog. Jadi secara jujurnya aku pun tak tau macam mana sebenarnya aku boleh minat Liverpool padahal kalau ikutkan aku ni sepatutnya jadi fan Spurs hehehe.


Abang misai yang terer- Ian Rush

Selain Ian Rush, antara player Liverpool yang aku kagumi adalah Steve McManaman (1989-1999) yang bagi aku sangat rajin dan macam tak pernah penat. Dia bagi aku adalah Gerrard zaman tu dengan never say die attitude dalam bahasa inggerisnya atau agi idup agi ngelaban kalau ikut terma tempatannya.Malah kalau nak dibandingkan aku rasa dia ni sama hebat dengan seorang lagi winger faveret aku walaupun dia adalah legenda kelab yang aku cukup menyampah iaitu Ryan Giggs dari Manchester United.

Robbie Fowler (1993-1997 dan 2006-2007) atau digelar "God" oleh peminat-peminat Liverpool adalah striker yang cukup digeruni lawan di zaman kegemilangannya. Cukup hebat dan mantap. Kepantasan dan kelincahannya serta finishing yang clinical menjadikannya salah seorang wira anfield yang aku minat.

Sami Hyypia (1999 sehingga skrg) walaupun mungkin tidak seglamer pemain-pemain yang aku sebut tadi tapi aku rasa dia ni cukup penting bagi Liverpool sehingga sekarang ni walaupun mungkin tempatnya sebagai jeneral pertahanan telah diambil alih oleh Jamie Carragher. Sering menjadi sasaran ketika corner dan mempunyai instinct penyudah header yang power. Dia sama hebat dengan John Terry dari Chelsea bagi aku.Lagi satu aku cukup suka dengan pemain yang setia bersama kelab selama Hyypia ni.Season ni adalah season ke 10 dia bersama the Reds. Teruskan usahamu Sami!

Dari kiri:- Steve "Macca" McManaman, Robbie "God" Fowler dan Sami Hyypia

Ketika ini aku rasa 2 pemain yang menjadi kunci kepada jatuh naiknya the Reds adalah Steven Gerrard dan Jamie Carragher. Mereka bagi aku ada kualiti sebagai pemimpin yang perlu ada untuk sesebuah pasukan tu berjaya dalam "misi" mereka. Carra sebagai contohnya takdela apa-apa skill ajaib seperti Cristiano Ronaldo tetapi kerajinan dan attitudenya mampu menaikkan semangat pasukannya untuk terus berjuang. Stevie G pula adalah salah seorang pemain yang bagi aku "sempurna". Dia ada semua pakej yang didambakan oleh seseorang pengurus. Kepimpinan, bakat, workrate yang tinggi dan yang penting kesetiaan yang tidak berbelah bagi pada pasukan.

Dari kiri:- Steven "Captain Fantastic" Gerrard dan Jamie "Carra" Carragher.

Fernando Torres pula adalah penyudah atau finisher yang cukup penting dan ampuh bagi the Reds. Aku cukup suka tengok aksi mamat ni yang digelar "El Nino" menyebabkan pertahanan lawan semput nak mengejar. Ditambah pula dengan kepantasan luar biasa dan bijaknya dia  membaca perlawanan serta finishing yang deadly.

Walaupun Torres mungkin anak emas Benitez dan menjadi pujaan the Kop, tapi bagi aku Dirk Kuyt adalah pemain yang aku kagumi sekarang. Dia mungkin tidak se skill Torres tapi work ratenya yang tinggi dan kesanggupannya mengejar bola di mana sahaja dan sifat tidak mementingkan diri sendiri menjadikannya aset pada pasukan. Dia adalah "unsung hero" bagi the Reds. Orang yang sanggup membuat dirty work (bukan main kotor ye) di atas padang. Teruskan Kuyt!  

Fernando "El Nino" Torres dan Dirk Kuyt

Selain itu, aku ingat lagi fasa yang sangat membosankan dan mengecewakan bagi aku iaitu di era Gerrard Houllier (1998-2004) menjadi pengurus. Masa tu walaupun Liverpool masih tergolong antara the big three bersama Arsenal dan Manchester United (time tu Chelsea masih sampah) tapi corak permainan mereka sangat sangat membosankan dengan Houllier yang suka bermain long ball dan bermain selamat. Tiada flair dalam permainan dan pasukan Liverpool kelihatan sangat tidak bermaya jika dibandingkan dengan pasukan kendalian Fergie dan Wenger.

Tapi itu semua berubah dengan kemasukan Rafa Benitez dari kelab Sepanyol Valencia. Dia masuk dengan track record yang impressive di mana telah berjaya mengubah Valencia dari kelab belasahan kepada juara La Liga. Nampaknya kepercayaan kelab pada Rafa berbayar dengan kejayaan cemerlang memenangi UEFA Champions League pada tahun 2005 dan finalis pada tahun 2007. Masalah Benitez adalah untuk menjadikan Liverpool juara liga dan halangan terbesar kelab hebat ini adalah untuk menjadi konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak hanya fokus pada pertandingan berkala seperti Champions League. Berdasarkan apa yang aku tengok, musim 08/09 mungkin adalah tahun dimana penantian selama 18 tahun akan berakhir.

Detik paling bermakna dan membuatkan aku sangat bangga menjadi peminat Liverpool adalah saat Liverpool menjulang UEFA Champions League buat kali kelima di Istanbul. Aku berani katakan itulah perlawanan paling dramatik dan paling emosional bagi aku. Meremang bulu roma kalau diingatkan balik. Aku ingat lagi masa tu aku berjaga awal pagi untuk menonton final bersejarah antara Liverpool dan AC Milan. First half je Liverpool dah ketinggalan 3-0 hasil penangan Maldini dan Crespo. Waktu tu aku rasa bukan aku saja malah seluruh peminat Liverpool mmg hampa sehampa-hampanya dan redha bahawa tahun tu mmg tahun takde rezeki. Dalam hati mmg menyumpah tak abis la. Harapan aku bila start 2nd half supaya kalau kalah pun jangan la kalah memalukan. Tapi tu la org kata bola tu bulat. Separuh masa kedua mmg ditakdirkan milik Liverpool . 3 gol dalam 10 minit. 2 oleh Gerrard dan satu oleh Smicer membuatkan Istanbul bergemuruh dengan sorakan semangat peminat.Mmg satu keajaiban pasal lawan adalah AC Milan, bukan Kedah FC. Aku sendiri macam tak percaya dan tak tergambar excitednya aku time tu. Dah tak pedulik dah jiran-jiran sebelah. Aku menyorak kegembiraan sekuat hati. Akhirnya Liverpool menang dengan penentuan sepakan penalti.


Gerrard dan rakan-rakan meraikan kemenangan dramatik di Istanbul

Seperkara lagi yang menarik adalah lagu tema The Kop yang mmg berhantu dan mmg menaikkan semangat. Adalah menjadi satu impian golden dream aku untuk sama-sama menyanyikan lagu ini di The Kop, Anfield bersama-sama peminat lain sambil menyaksikan samaada Manchester United atau Arsenal dibelasah teruk seperti newcastle hehehehe....

You'll never walk alone
When you walk through a storm hold your head up high,
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm is a golden sky
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Tho' your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on with hope in your heart
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone!

Jadi sepanjang lebih kurang 18 tahun jadi peminat the Reds ni dah lama sebenarnya aku nak tengok Liverpool kembali di atas takhta EPL sebagai juara dan nampaknya tahun ni kemungkinan yang baik sekali dengan pasukan yang aku rasa mantap dan berwibawa untuk bergelar juara. YNWA!!!